Pempengaruh dan usahawan, Jofliam meluahkan kebimbangan selepas dua hari tidak dapat berhubung dengan anak-anaknya, Han dan Yuki.
‘Han dah 2 hari hilang, tak ke sekolah’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar mendakwa Han dan Yuki gagal dihubungi selepas dia menyerahkan kedua anaknya itu kepada bekas isteri, Cik Epal.
Sehingga sekarang saya tak tahu dimana lokasi Han dan Yuki. WhatsApp saya tak dibalas dan saya juga disekat terputus hubungan.
Dakwa Jofliam lagi, anak lelakinya itu sudah dua hari tidak hadir ke sekolah selepas berada di bawah jagaan Cik Epal, sejak Ahad.
Han dah 2 hari hilang dah tak ke sekolah. Esok dia kena pergi ke Camp.
Jofliam turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan bekas isterinya itu yang langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk menghubungi anak-anak.
Saya serahkan anak saya secara baik siap duit belanja, tapi anak saya dibawa pergi tanpa berita. Sekurang-kurangnya update lah saya. Tak akan satu video call atau satu call pon tak diizinkan pada saya.
Tolong lah balas whatsapp saya dan update tentang anak-anak saya.Video yang dikongsikan di media sosial adalah video pada hari Ahad. Tolong lah balas saya dan update.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.