Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJofliam Mengaku Bakal Nikahi Dewi Dalam Masa Terdekat – ‘Cik Epal Menggila...

    Jofliam Mengaku Bakal Nikahi Dewi Dalam Masa Terdekat – ‘Cik Epal Menggila Bila Tahu Saya Tak Nak Rujuk’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial dan cef, Jofliam mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan pekerjanya, Emira Delyati Dewi dalam masa terdekat.

    ‘Saya memang sedang bercinta dan sedang bahagia’

    Menerusi hantaran di Instagram, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar, 37, mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Dewi.

    Saya memang sedang bercinta dan sedang bahagia. Ya, juga saya akan bernikah dalam masa terdekat. Jadi ada piza percuma untuk semua.

    Dalam kesempatan itu, Jofliam menjelaskan bahawa dia dan Dewi tidak pernah tinggal sebumbung seperti dakwaan yang tular di media sosial. Sebaliknya wanita itu hanya datang ke rumahnya atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

    Dewi selalu datang (rumah) tapi tidak pernah tidur di rumah saya dan bersekedudukan. Pembantu rumah pun ada. Datang pun bila waktu nak bekerja.

    Menerusi hantaran lain, Jofliam menegaskan bahawa tiada istilah curang kerana percintaan dengan Dewi hanya berlaku selepas dia berpisah dengan pempengaruh, Cik Epal.

    Seumur hidup baru tahu bila sudah bercerai boleh ‘curang’ lagi. Apa beza masuk rumah lelaki, tandas lelaki, dan masuk bilik tidur lelaki?

    Berdua-duaan dengan lelaki sampai 5 pagi? Yang ada pun semua (kejadian) selepas bercerai.

    ‘Kenapa waktu ini bukan main baik?’

    Tidak terhenti di situ, Jofliam turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp menunjukkan hubungannya dengan bekas isterinya baik. Bukan itu sahaja, Cik Epal juga dikatakan menjalinkan hubungan baik bersama Dewi meskipun ketika itu mereka sudah bercerai.

    Waktu ni dah bercerai tapi Munirah (Cik Epal) elok je makan-makan dengan Emira Delyati (Dewi)

    Hari yang sama sebelum jumpa Munirah. Munirah suruh shopping baju Dewi untuk ke Milan.

    Kenapa waktu ini bukan main baik? Mengaku saya tak curang. Tapi bila tahu saya tak nak rujuk, menggila macam sekarang?

    Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum berpisah pada 9 Oktober tahun lalu selepas sedekad bersama.

    ALSO READ:  #OBWrapped24: Liam Payne Jatuh Tingkat Tiga Hotel, Jefri Nichol Tiduri 20 Wanita & Perkahwinan Rizky & Mahalini Tidak Sah

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts