Pelakon, Johan As’ari enggan mendedahkan secara terperinci mengenai hubungan dan perancangan perkahwinannya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘N’.
Belum bersedia kongsi soal perkahwinan
Ketika ditemui di majlis tayangan dan sesi ramah mesra bersama pelakon drama rantaian, Menanti Senja di Sentul, pada Selasa, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff bin As’ari berkata, dia akan mengumumkan perkara tersebut bila tiba waktu yang sesuai. Tambahnya lagi, dia membuat keputusan itu sebagai langkah berhati-hati.
Saya nak ucapkan terima kasih kerana mengambil berat. Tapi, saya nak simpan sebagai kejutan, barulah seronok. Terima kasih atas doa baik-baik diberikan.
Sementara itu, Johan meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk memegang watak utama dalam drama Menanti Senja menerusi slot Samarinda, TV3. Apabila ditanya mengenai gandingannya bersama barisan pelakon baharu, Johan memuji kesungguhan mereka dalam bidang lakonan.
Mereka juga ada aura positif dalam diri. Bila di set penggambaran, mereka buat sehabis baik. Saya sokong kehadiran mereka dalam industri dan kena sentiasa beri peluang. Kita perlu saling menyokong antara satu sama lain.
Sekadar info, drama Menanti Senja terbitan Anomali Media & Production turut dibintangi oleh Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein, Khatijah Tan dan ramai lagi.