Peninju Muay Thai popular, Johan Ghazali mencuri lensa kamera apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu ketika ditemu bual sebelum acara ONE 168 di Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung hari ini.
Segak berbaju melayu
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Johan atau lebih mesra disapa Jojo memuat naik foto mengenakan sepasang baju melayu berwarna hijau gelap lengkap bersampin dari jenama tersohor tempatan, Bulan Bintang.
Pemilik nama Muhammad Johan Ghazali turut mendoakan agar pertarungannya di pentas antarabangsa akan berjalan dengan lancar.
Melayu tulen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan pilihan Jojo yang membawa pakaian tradisional Melayu ke luar negara.
Di samping itu, mereka juga mendoakan agar dia memperoleh kemenangan dalam pertarungan menentang Cruz.
Untuk makluman, pertarungan ONE Championship yang akan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu adalah yang pertama buat Jojo sejak tewas di tangan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, pada Jun lalu.
Hari ini, Jojo akan ‘bertempur’ dengan jaguh Mexico, Josue Cruz di gelanggang Ball Arena, Denver, Colorado.
View this post on Instagram