Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Jom Call, Nak Call”- Isteri Sarat Hamil, Da’i Syed Didakwa Ajak Wanita...

    “Jom Call, Nak Call”- Isteri Sarat Hamil, Da’i Syed Didakwa Ajak Wanita Lain Ke Dubai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kisah kehidupan Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, yang kini menjalani hukuman penjara dan sebat atas kesalahan rogol, nampaknya semakin berlarutan dengan pendedahan terbaru yang mengejutkan.

    Seorang wanita mendakwa dirinya pernah menjadi sasaran gangguan pendakwah bebas tersebut ketika isterinya, Hana Ismail, sedang sarat hamil.

    Wanita terbabit yang tidak mendedahkan identitinya, berkongsi pengalaman itu melalui laman Thread, menyatakan bahawa statusnya sebagai isteri orang dan ibu tidak menghalang Syed daripada mempelawanya mengikuti percutian ke luar negara.

    “Dia tahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak, selain pada masa itu, isteri dia pun sedang hamil,” katanya.

    Menurut wanita tersebut, pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana menyangka Syed menghubunginya untuk mendapatkan nasihat guaman.

    “Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang sahaja, tetapi bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan,” jelasnya.

    Wanita itu turut mendedahkan tangkap layar perbualan mesej langsung (DM) antara dirinya dan Syed di Instagram, yang menunjukkan bagaimana perbualan yang pada awalnya nampak profesional, bertukar arah ke sesuatu yang lebih peribadi dan mencurigakan.

    “Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petunjuk,” tambahnya, menggambarkan kebimbangan dan kekeliruannya pada waktu itu.

    Di sebalik pendedahan tersebut, wanita terbabit juga menzahirkan rasa simpati terhadap Hana Ismail, isteri Syed, yang baru sahaja melahirkan anak perempuan mereka.

    “Kasihan kepada isterinya, takkan dia tidak tahu tentang perangai suaminya macam ini,” katanya, membayangkan situasi yang mungkin sukar dihadapi oleh Hana.

    Pendedahan ini hadir hanya beberapa hari selepas Syed dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nabila Huda Kongsi Rasa Sebak Kematian Kucing Kesayangan-“Banyak Sangat Darah Keluar Dari Mulut Dia…”

    Syed yang menikahi Hana Ismail pada 3 Disember 2022, kini menghadapi tempoh penjara yang panjang, sementara isterinya masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan puteri mereka 16 hari lalu.

    Kisah ini menambah kepada rentetan kontroversi yang melibatkan Syed, yang sebelum ini dikenali sebagai seorang pendakwah bebas dengan imej yang baik di mata masyarakat.

    Namun, pendedahan demi pendedahan mengenai perlakuan tidak senonoh beliau terhadap wanita telah menyebabkan kejatuhan besar dalam reputasinya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts