Korang mesti tahu sekarang ada aktiviti riadah yang tengah ‘in’ dan viral iaitu Pickleball, kalau tengok dekat media sosial memang semua orang tengah sakan cuba sukan ni.
Buat korang yang FOMO dan teringin nak cuba juga, min ada berita baik sebab FILA nak ajak korang untuk cuba Pickleball dengan barisan selebriti dan KOL!
FILA Pickle Wickle di Pickle Social Club
Tak kira pro atau beginner, korang semua dialu-alukan untuk menyertai FILA Pickle Wickle anjuran FILA Malaysia, jenama pakaian sukan ikonik dari Itali yang tekenal dengan gabungan prestasi dan gaya sempurna.
Acara diadakan dengan tujuan bagi merayakan semangat kesukanan bersama komuniti sukan dan kalangan selebriti tempatan.
Antara selebriti yang bakal bersama korang di sana nanti adalah Ayu HOTFM, Fifi FlyFM, CC dan Kyann daripada EightFM.
Bukan itu je, ada juga barisan KOL seperti Hun Haqeem, Vivian Liu, Lucas Chew, Iman Opie, Christian Didier, and Daniel Fong
FILA Pickle Wickle
Tarikh: 30 November 2024
Masa: Bermula jam 9 pagi
Lokasi: Pickle Social Club, KLGCC Resort
Ini langkah mudah untuk korang sertai FILA Pickle Wickle
Mudah je untuk korang sertai FILA Pickle Wickle ni, korang hanya perlu nantikan pengumuman dan sertai pertandingan yang dijalankan Fly FM, Hot FM dan Eight FM.
Haa.. Mulai esok, kena pasang radio sentiasa tau? Kalau tak nak terlepas pengumuman tentang FILA Pickle Wickle.
Bersedia untuk perlawanan pickleball korang!
Peserta yang terpilih untuk menyertai FILA Pickle Wickle akan dibahagikan kepada 16 pasukan dengan dua pemain setiap pasukan.
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan membawa wang tunai sehingga RM1000!
- Tempat pertama: RM1000 (dua orang pemenang)
- Tempat kedua: RM700 (dua orang pemenang)
- Tempat ketiga: RM500 (dua orang pemenang)
Selain itu, ada juga barangan FILA bernilai RM200 menanti pemenang saguhati.
FILA tawar pilihan pakaian sukan yang penuh versatile
Nak tampil bergaya di dalam dan luar padang? FILA tawarkan pilihan pakaian sukan yang paling sesuai buat korang!
Jenama ikonik ni menggabungkan fungsi dan fesyen demi memastikan korang dapat tampil penuh yakin sama ada di gelanggang bahkan sekadar untuk tampil kasual.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terkini FILA korang boleh ikuti laman instagram rasmi mereka di SINI.