Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Cuba ‘Test’ Dengan Amir Hasan!

    Jom Cuba ‘Test’ Dengan Amir Hasan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gemar bereksperimentasi dalam penciptaan muzik, penyanyi berbakat Amir Hasan kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘Test’.

    Cabaran Menemui Kekuatan

    Menurut Amir, lagu ini berkisar tentang cara mengatasi cabaran dan menemui kekuatan dalaman.

    “‘Test’ adalah sebuah lagu reflektif yang mendalam ciptaan P4PI bersama madebyartin dan diterbitkan oleh madebyartin.

    Lagu ini menyelami cabaran mental dan emosi yang dihadapi ketika sentiasa diuji oleh orang lain, saat menghadapi kesukaran, namun tetap harus kekal kuat walaupun dalam tekanan,” ujar Amir membuka bicara.

    Amir turut menjelaskan bahawan lirik lagu ini mencerminkan perjuangan dan kejayaan, manakala melodi berkembang seiring dengan perjalanan emosi.

    Mengambil Masa Sehari

    via Joeprcinternational

    Dengan bait lirik yang teguh seperti “tahu jalan cerita nak ending macam mana, jadi aku tahu aku perlu teruskan,” lagu ini menggambarkan kekecewaan saat berhadapan dengan penilaian orang lain serta keraguan sambil terus maju dengan semangat yang tidak mudah goyah.

    Proses rakaman lagu ini mengambil masa sekitar sehari sahaja untuk bahagian tulisan dan gubahan. Ia telah dimulakan dengan alat muzik, kemudian pemasukan vokal, dan diikuti dengan penyuntingan, adunan, serta mastering.

    Amir berharap lagu ini memberi kesan mendalam kepada pendengar dan memberi inspirasi kepada semua untuk menghadapi cabaran dengan berani.

    Pesan penting lagu ini adalah ia mengingatkan kita bahawa kesulitan boleh membawa kepada pertumbuhan dan berharap penonton dapat mengaitkan mesej ini.

    ‘Test’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,225FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts