Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Dengarkan “Cinta Yang Paling Sempurna” Versi Gelap Tahun 2024 Oleh MonoloQue

    Jom Dengarkan “Cinta Yang Paling Sempurna” Versi Gelap Tahun 2024 Oleh MonoloQue

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lagu “Cinta Yang Paling Sempurna,” (CYPS) yang dihasilkan oleh LoQue dan lirik yang ditulis Encik Farid, kini dilepaskan dengan versi gelap tahun 2024.

    MonoloQue Berduet Bersama Kumpulan Margasatwa

    via OPR Network

    Versi kali ini, MonoloQue berduet bersama vokalis kumpulan Margasatwa iaitu Kimal. Lagu yang asalnya dicipta dengan ‘key major’ ini telah siap digubah dengan penggunaan ‘key minor’ untuk memberikan kelainan seolah-olah seperti gaya lagu-lagu ciptaan M. Nasir dan Pak S. Atan.

    Perjalanan penciptaan lagu “Cinta Yang Paling Sempurna” bermula pada tahun 2016 di antara Encik Farid dengan LoQue.

    Diinspirasikan daripada band-band seperti The Mercy’s dan D’lloyd yang telah banyak membentuk minat LoQue.

    Pernah Dikeluarkan Pada Tahun 2017

    via OPR Network

    LoQue mula mengarang lirik lagu ini dengan menggunakan ‘key major’ ketika itu. Kemudian, pada tahun 2017 barulah Tomok dipelawa untuk bekerjasama bersama.

    Kerjasama ini telah melibatkan Penerbitan Pancasona dan Muzium Negeri Pahang. Lagu ini kemudiannya siap dan dilepaskan pada bulan Ramadan tahun 2017, diiringi rakaman Muzik Video di Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson.

    Lagu “Cinta Yang Paling Sempurna (Versi Gelap)” ini menyaksikan Saudara Kimal duet bersama namun tetap mengangkat versi asal sebagai rujukan.

    Menurut Kimal, lagu ini adalah gambaran tepat jiwa seorang hamba yang mendambakan cinta ilahi.

    Ahli Kumpulan Tidak Pernah Mendengar

    via OPR Network

    Untuk pengetahuan anda juga, keseluruhan ahli kumpulan MonoloQue sendiri tidak pernah mendengar CYPS Versi Gelap kecuali Bakri yang bermain dram.

    Oleh kerana Versi Gelap ini lebih “gelap” daripada versi asal, pemilihan penyanyi untuk duet dilakukan dengan amat teliti oleh LoQue dan Encik Farid kerana agak sukar untuk mencari penyanyi yang sesuai membawakan lagu-lagu dengan “key minor”.

    ALSO READ:  Joy Revfa Hamil 10 Minggu, Tak Sempat Pergi Berbulan Madu – ‘Kehamilan Kedua Ni Agak Mencabar, Tapi Tiba-Tiba Rajin Masak’

    LoQue bersyukur Kimal bersetuju dengan pelawaan ini dan cemerlang dalam penyampaiannya yang tersendiri serta melengkapkan kualiti yang dicari-cari.

    Semoga Versi Gelap tahun 2024 ini dapat diterima semua.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts