Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Dengarkan DENDANG! – Sebuah Tarian Pembebasan Oleh Ramayan

    Jom Dengarkan DENDANG! – Sebuah Tarian Pembebasan Oleh Ramayan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dengan bangganya, pejuang muzik psychedelic Malaysia. Ramayan, mengumumkan pelancaran lagu terbaru mereka bertajuk DENDANG! di bawah label rakaman Luncai Emas.

    Membawa Pesanan Yang Mendalam

    DENDANG! adalah sebuah persembahan muzik yang menggabungkan unsur-unsur elektronik, post-disco, funk, 80s new wave, dan synth pop, dengan sentuhan khas muzik tarian Asia Tenggara.

    Lagu ini tidak hanya memikat pendengar melalui irama dan rentak yang asyik, malah membawa pesanan mendalam tentang bagaimana seseorang boleh terlalu terikat dengan hal-ehwal dunia sehingga terlupa untuk mengambil masa dan menikmati hidup.

    Lagu ini juga menunjukkan perubahan dalam proses penulisan lagu dan gubahan muzik Ramayan.

    Selain mencipta lagu-lagu yang mudah ditangkap, Ramayan, yang kini terdiri daripada hanya empat ahli termasuk rekrutan terbaru mereka, Izzat, kini banyak menulis lagu menggunakan komputer.

    Lagu Dicipta Ketika Isteri Sedang Hamil

    via Luncai Emas

    Mengimbau kembali kenangan beliau waktu mencipta lagu DENDANG!, Pi’e berkongsi, dia mencipta demo untuk lagu ini ketika isterinya sedang hamil, di dalam sebuah rumah pangsapuri kecil di Taman Melawati.

    Dia yang tidak mempunyai studio rakaman sendiri yang kalis bunyi, akan keluar daripada rumah dan rakam suara di ruang tetangga bangunan demi untuk tidak mengejutkan isteri yang sedang tidur.

    Penampilan Sharifah Amani

    Pelancaran DENDANG! akan disertai sekali dengan sebuah video muzik yang diarahkan oleh Hashra Shamsuddin dan menampilkan pelakon tempatan terkenal, Sharifah Amani, yang kebetulan merupakan peminat setia band ini.

    Dalam video ini, penonton akan menyaksikan watak utama, seorang kerani pejabat korporat yang bertungkus -lumus bekerja tanpa henti, apabila beberapa watak misteri muncul untuk memujuknya supaya dia berhenti seketika dan menari.

    DENDANG! boleh didengar dan dinikmati sekarang di pelbagai platform streaming. Hayatilah lagu ini dan semoga ia dapat mencetus semangat anda untuk menikmati kehidupan seadanya.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts