Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Dengarkan Paduan Suara Amsyar Lee & Fadhilah Intan Menerusi Alkisah Jiwa!

    Jom Dengarkan Paduan Suara Amsyar Lee & Fadhilah Intan Menerusi Alkisah Jiwa!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebut saja nama Amsyar Leee, pastinya sebahagian besar peminat akan teringatkan keunikan pelbagai karakter suara yang sering dilagukan olehnya.

    Kebolehan penyanyi ini meniru pelbagai suara artis popular sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepadanya untuk lebih dikenali umum.

    Hadir Dengan Buah Tangan Baharu

    Menongkah arus 2024, Amsyar kini hadir dengan buah tangan terbaru untuk peminat dengan judul Alkisah Jiwa yang baru sahaja dilancarkan pada 11 Oktober yang lalu.

    Tidak keseorangan, naskhah kali ini begitu istimewa apabila beliau bergandingan dengan Fadhilah Intan yang juga merupakan penyanyi popular dengan lagu Dawai dari Indonesia.

    Menariknya, Alkisah Jiwa bukan sekadar sebuah lagu balada tetapi merupakan paduan antara dua jiwa yang pastinya membuatkan pendengar terbuai dan terhanyut dalam emosi.

    Kerjasama Malaysia Dan Indonesia

    via Warner Music Malaysia

    Jelas Amsyar, kolaborasi bersama Fadhilah begitu istimewa di matanya memandangkan penyanyi berkenaan pandai menyesuaikan emosi dengan patah-patah lirik yang terkandung di dalam Alkisah Jiwa.

    Alkisah Jiwa merupakan lagu ciptaan Hendro Djasmoro dan Albert Juwono, manakala lirik pula adalah hasil tulisan Hendro Djasmoro.

    Lagu ini juga merupakan kerjasama antara Warner Music Malaysia dan Resonate Music Indonesia.

    Kisah yang ditulis juga begitu dekat di hati dan Amsyar mengakui sudah jatuh cinta dengan melodi lagu ini saat kali pertama diperdengarkan kepadanya.

    Ia digarap dengan penuh makna dan perlu disampaikan dengan sepenuh jiwa.

    Sudah Dilancarkan Awal Oktober

    Mengulas mengenai pengalaman kolaborasi kali ini, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri ini begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Fadhilah ketika mereka merakamkan lagu berkenaan.

    Beliau menyifatkan penyanyi yang popular dengan lagu Dawai itu mudah didekati, mesra dan tidak lokek berkongsi pengalaman saat proses rakaman berlangsung di Jakarta beberapa bulan yang lalu.

    ALSO READ:  The Lova Ada “Rahsia” Untuk Di Kongsi Dengan Para Pendengar

    Walaupun ini merupakan kerjasama pertama mereka, Fadhilah banyak memberikan maklum balas saat beberapa cabaran kecil dihadapi ketika rakaman berlangsung terutama untuk menyatukan harmoni dan melaraskan suara.

    Alkisah Jiwa sudah dilancarkan secara rasmi mulai 11 Oktober lalu di kesemua pelantar digital. MV pula boleh ditonton melalui YouTube Fadhilah Intan mulai 12 Oktober lalu.

    Related articles

    Follow Us

    20,213FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts