Setiap individu memiliki ciri-ciri rumah idaman yang berbeza, korang setuju tak?
Incase, korang masih mencari-cari atau belum memiliki idea mengenai jenis dan konsep kediaman yang korang mahukan, min cadangkan korang datang ke showroom Gamuda Cove.
Mereka ada pelbagai jenis kediaman dengan konsep yang menarik dan unik.
Miliki rumah idaman dengan Gamuda Cove!
Ha! Itulah korang tak tahu… Gamuda Cove menawarkan pelbagai jenis kediaman dengan konsep yang berbeza-beza.
Jadi, korang ada banyak pilihan dan sedikit sebanyak boleh beri korang idea mengenai jenis kediaman dan konsep kediaman yang korang inginkan.
Berikut adalah sebahagian projek perumahan Gamuda Cove yang korang perlu tahu.
The Clove pilihan kediaman terbaik bagi yang berkeluarga.
The Clove merupakan kediaman dengan inovasi baharu oleh Gamuda Land.
Korang cuba bayangkan rumah teres tradisional yang mendapat sentuhan rekaan rumah taman moden.
Ada 8 kelompok rumah, dimana setiap satunya memiliki taman persendirian dan dalam masa yang sama berkongsi taman komuniti sepanjang 40 kaki dengan landskap yang indah. Tak ke best tu?
Anak-anak dapat bermain dengan bebas dan dalam masa yang sama semangat kemasyarakatan dan hubungan dengan alam semula jadi dapat dipupuk agar lebih erat.
Selain itu, The Clove juga menawarkan ruang kediaman yang fleksibel untuk korang sesuaikan dengan gaya hidup keluarga korang.
Alam Semula jadi North Woods Residences memukau mata!
Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi, korang yang gemarkan suasana tenang tapi masih mahukan kawasan perumahan dengan fasiliti lengkap dan moden, bolehlah survey North Woods Residences.
Kediaman ini mengabungkan dua elemen utama iaitu kehidupan moden dan ketenangan alam semula jadi.
Ianya kediaman impian mereka yang mahu lari dari hiruk pikuk kota tapi dalam masa yang sama memiliki fasiliti lengkap dan canggih.
The Camellia kediaman pintar eksklusif!
Terletak di Wetlands Estates, The Camellia merupakan kediaman eksklusif berinspirasikan alam semula jadi.
Dilengkapi dengan teknologi rumah pintar Samsung Bespoke AI serta menggabungkan konsep kehidupan dalaman dan luaran, The Camellia menawarkan kemudahan moden sambil mengekalkan hubungan erat dengan alam semula jadi, membolehkan setiap penghuni menikmati kehidupan yang selesa dan harmoni setiap hari.
Mori Pines kediaman dengan konsep minimalis.
Mengetengahkan konsep “Lagom” dan “Hygge” yang menawarkan elemen keseimbangan dan ketenangan sebagai konsep kediaman ini, Mori Pines merupakan kediaman minimalis dengan susun atur terbuka dengan pencahayaan semula jadi dan suasana yang cukup tenang.
Mio Spring kediaman berkonsepkan Zen dari Jepun.
Bagi yang gemar akan kediaman berkonsepkan ala-ala Jepun, Mio Spring adalah antara pilihan kediaman terbaik yang Gamuda Cove ada.
Kediaman ini menggabungkan gaya unik Jepun dengan sentuhan moden.
Selain itu, rekaan kediaman ini juga anggun dan praktikal sesuai untuk dijadikan kediaman buat korang yang sudah bekeluarga mahupun bujang. Min yakin korang pasti akan rasa selesa tinggal di Mio Spring.
Privasi penghuni jadi keutamaan The Waterlily.
Terletak di Wetlands Estates, The Waterlily merupakan kediaman mewah yang memiliki suasana tenang dimana privasi korang terjaga.
Bukan itu sahaja, terdapat kolam teratai yang cantik dan jambatan mini yang menghubungkan dua kawasan sekaligus mewujudkan persekitaran yang damai.
Persekitaran ini direka dengan teliti supaya penghuni berasa seakan-akan sedang berada di tempat percutian yang sempurna, di mana privasi dan ketenangan berada di hadapan pintu kediaman.
Mesra haiwan peliharaan, seronok tinggal di kediaman Gamuda Cove!
Ops! Sebelum min terlupa, korang kena tahu yang kesemua kediaman Gamuda Cove mesra haiwan.
Bolehlah korang bawa haiwan peliharaan korang tinggal bersama-sama.
Jadi, diantara semua kediaman di atas, mana satu yang jadi pilihan korang?
Kongsikan ciri-ciri kediaman impian korang dengan menjawab survey dibawah.
Dengar kata ada hadiah menarik menanti 50 pemenang bertuah tau! Jom sertai sekarang.
Buat korang yang masih mencari-cari kediaman impian, kunjungi showroom Gamuda Cove hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebut harga kediaman impian korang.