Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Ke Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Konsert UNGU Dan Artis Tanah...

    Jom Ke Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Konsert UNGU Dan Artis Tanah Air Pada Februari Nanti!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Istimewa khas buat warga Pahang dan Pantai Timur, sebuah hiburan konsert yang bakal diadakan di sana.

    Mempersembahkan Gabungan Seni Muzik Dan Budaya Penduduk Tempatan

    Pesta Muzik Kuantan ini direncanakan sempena menyambut kepulangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah bersama KDYMM Seri Paduka BagindaRaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkantugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara dan berangkat pulang ke Negeri Pahang.

    Pesta ini bakal mempersembahkan gabungan seni muzik dan budaya penduduk tempatan yang ingin terus dipelihara dan dikomersialkan adalah di antara daya tarikan pelancongan yang terbaik untuk pengunjung datang ke Kuantan dan Negeri lain di sekitar Pantai Timur.

    Penampilan Ungu Dan Artis Tanah Air

    via OPR Network

    Selaku penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd dengan berbesar hati mempersembahkan Pesta Muzik Kuantan yang akan dibarisi oleh kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.

    Penampilan Ungu yang cukup terkenal dengan hits seperti Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.

    Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air dijadualkan pada 24 Februari 2024 akan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang dari jam lima (5) Petang.

    Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rozie Othman Syukur Doa Di Tanah Suci Termakbul – ‘Dulu Selalu Pesan Tak Nak Syasya Pakai Menjolok Mata’

    Menawarkan Tiket Harga “Rahmah”

    via OPR Network

    Lebih mengujakan Pesta Muzik Kuantan menawarkan ‘harga rahmah’ serendah RM58.00 untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.

    Harga tiket adalah seperti (SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, (DEMI WAKTU) RM88.00, (CINTA DALAM HATI) RM98.00, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00, (GEGAR) RM128.00, (VIP B, FREE SEATING) RM388.00, (VIP A, FREE SEATING), RM448.00, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00 boleh dibeli mulai 29 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 2.45 petang. (harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan tiket)

    Jangan ketinggalan untuk berpesta dan meraikan Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2024 bermula dari jam 11.00 pagi dengan karnival jualan makanan tempatan Negeri Pahang, cenderahati serta aktiviti-aktiviti menarik di perkarangan stadium dan persembahan konsert akan bermula dari jam 5.00 petang.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts