Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Ke ‘Restu Global Quranic Arts Festival’ Di Putrajaya Bertemakan “GAYA HIDUP...

    Jom Ke ‘Restu Global Quranic Arts Festival’ Di Putrajaya Bertemakan “GAYA HIDUP ISLAMI”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak Nasyrul Quran akan mengadakan satu festival yang dinamakan RESTU GLOBAL QURANIC ARTS FESTIVAL bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya pada 23 Februari hingga 3 Mac 2024. Festival ini akan dirasmikan pada 24 Februari 2024 (Sabtu) bersamaan 14 Sya’ban 1445H oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Dewan AlBukhari, Kompleks Nasyrul Quran.

    Festival ini bertemakan “GAYA HIDUP ISLAMI” bertujuan mempromosikan Islam sebagai sebahagian daripada gaya hidup disamping menggalakkan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap ajaran al-Quran melalui medium seni.

    Timbalan Pengerusi merangkap Pemegang Amanah Yayasan Restu, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan memaklumkan bahawa pada kali ini, kata RESTU dijadikan sebagai jenama yang kembali kepada nama Yayasan Restu yang merupakan pelopor terulung pemakmuran al-Quran dan kesenian Islam di Malaysia serta penganjur utama festival ini.

    Menurut Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, YBhg Datuk Abdul Latiff Mirasa,

    “Antara objektif festival berdasarkan tema ini ialah memperkenalkan medium seni melalui hiasan dalaman sebagai satu usaha pemeliharaan dan pemakmuran al-Quran yang menjadi pembuktian keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW serta pengagungan syiar-syiar Islam serta memanfaatkan teknologi moden dan ICT sebagai medium dakwah yang sangat efektif dan kreatif dengan tujuan mengembalikan masyarakat Islam kepada identiti mereka yang sebenar”.

    “Di samping itu terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung sepanjang festival berlangsung termasuk pameran Jubah melambangkan saiz Nabi Adam AS. Selain itu terdapat banyak pengisian program seperti pameran hiasan dalaman rumah Islam, Artifak Rasulullah SAW, koleksi replika pedang para Sahabat RA serta peninggalan yang lain. Paling menarik, pengunjung berpeluang untuk turun ke lantai kilang dan melihat proses percetakan secara lebih dekat” tambah beliau.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Gomol Bayi Syifa, Netizen ‘Geram’!-“Redha Je Muka…”

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Restu/Nasyrul Quran, Malaysia di talian 012-2061987 atau email ke [email protected].

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts