Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Kenali Puncak Tertinggi di Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan Ini

    Jom Kenali Puncak Tertinggi di Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menjelang Hari Merdeka ini, Malaysia mempunyai satu lagi pencapaian untuk dibanggakan.

    Berdasarkan data tempahan terkini daripada platform pelancongan digital Agoda, Kuala Lumpur menduduki tempat kelima dalam senarai destinasi antarabangsa paling popular untuk enam bulan pertama 2024, di belakang Tokyo, Bangkok, Osaka dan Seoul.

    Namun begitu, tarikan Malaysia bukan sahaja tertumpu kepada Kuala Lumpur. Bandar-bandar lain seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Melaka juga merupakan antara tumpuan utama untuk para pelancong antarabangsa.

    Menjelang bulan Merdeka ini, Agoda memperkenalkan “puncak-puncak” yang terkenal di Malaysia di mana setiap satunya menjadi lambang kegemilangan, warisan, keindahan alam semulajadi… dan juga pemandangan yang menakjubkan.

    Merdeka 118 – Puncak Seni Bina Moden

    via VAttelier Malaysia

    Latar langit Kuala Lumpur baru-baru ini telah bertukar wajah dengan perasmian Merdeka 118, sebuah bangunan pencakar langit 118 tingkat berketinggian 678.9 meter yang menjadikannya bangunan kedua tertinggi di dunia, hanya diatasi oleh Burj Khalifa di Dubai.

    Dinamakan sempena Kemerdekaan Malaysia, puncak Menara Merdeka 118 mencapai ketinggian 700.9 meter di atas paras laut telah mengukuhkan kedudukannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

    Terletak berhampiran dengan Stadium Merdeka, di mana pengisytiharan kemerdekaan telah dilaungkan menambahkan lagi kepentingan sejarah bangunan ini yang melambangkan kegemilangan dan juga aspirasi moden Malaysia.

    Gunung Ledang – Puncak Kisah Cinta Teragung

    Di Johor, Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Gunung Ophir tersergam indah di Taman Negara Gunung Ledang.

    Dengan ketinggian 1,276 meter, ia merupakan puncak tertinggi di Negeri tersebut yang kaya dengan khazanah alam semula jadi serta mengisahkan kisah dongeng yang mempersonakan.

    Gunung ini terkenal dengan Legenda Gunung Ledang yang mengisahkan seorang puteri mistik yang menetapkan syarat-syarat mustahil bagi menerima pinangan Sultan Melaka.

    ALSO READ:  Seolah Bantu Palestin Dalam Diam, Taylor Swift Dan Selena Gomez Kumpul Dana Untuk Penduduk Gaza

    Gunung ini terus menarik kunjungan para pelancong yang tidak sabar untuk menerokai denai ke puncaknya dan juga kisah mistiknya.

    Gunung Ledang juga telah menjadi inspirasi kepada filem-filem, antaranya “Puteri Gunung Ledang”, lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir.

    Gunung Kinabalu – Keajaiban Puncak Alam Semula Jadi

    via Demi Sabah

    Di Borneo, ketinggian Gunung Kinabalu yang mencapai 4,095 meter, menjadikannya puncak tertinggi di Malaysia dan puncak pulau ketiga tertinggi di dunia.

    Ia terletak di Taman Kinabalu, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan biodiversitinya.

    Gunung Kinabalu menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna, termasuk bunga Rafflesia dan burung enggang yang jarang ditemui.

    Dengan adanya 5,000-6,000 spesies tumbuhan, 326 spesies burung, dan lebih 100 spesies mamalia, ia merupakan salah satu tapak biologi yang paling penting di dunia.

    Bagi mereka yang gemarkan pengembaraan, pendakian ke puncak Gunung Kinabalu merupakan satu cabaran fizikal serta suatu penikmatan keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan.

    Bukit Bendera, Pulau Pinang – Puncak Bersejarah

    Di utara Malaysia, Bukit Bendera (Penang Hill) terkenal dengan keindahan semula jadi dan juga warisan sejarahnya.

    Ia adalah sebahagian daripada Rizab Biosfera Bukit Bendara yang diiktiraf UNESCO dan merupakan penyenaraian ketiga Malaysia di dalam Rangkaian Rizab Biosfera Dunia.

    Dijadikan sebagai pusat peranginan sejak akhir abad ke-18, Bukit Bendera juga mempunyai laluan kereta api funikular yang menuju ke puncaknya.

    Perkhidmatan kereta api ini telah dibuka pada tahun 1924 pada asalnya dan telah dibaik pulih pada tahun 2010.

    Menara Taming Sari – Puncak Panorama

    Menara Taming Sari merupakan mercu tanda ikonik di Melaka dengan berketinggian 110 meter dan menampilkan pemandangan panoramik 360 darjah di sekitar bandar bersejarah tersebut, termasuk tapak Warisan Dunia UNESCO, Kubu A Famosa, Bukit St. Paul dan Jalan Jonker yang meriah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Zahirah Macwilson Main “Peekaboo” Dengan Anak Perempuannya, Raih Perhatian Ramai!

    Dinamakan sempena keris legenda Taming Sari, senjata mitos milik pahlawan Melayu Hang Tuah, dek pemerhatian berputar menara ini boleh memuatkan sehingga 80 orang untuk menyaksikan pemandangan indah bandar raya Melaka dan kawasan sekitarnya.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts