Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Lihat Kedudukan Negara Di Asia Yang Memilih Sarapan Dengan Tempahan Penginapan...

    Jom Lihat Kedudukan Negara Di Asia Yang Memilih Sarapan Dengan Tempahan Penginapan Mengikut Agoda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sarapan pagi merupakan hidangan harian yang paling penting bagi sesetengah orang, namun ada juga sesetengah orang yang tidak bersarapan.

    Dilema yang sering kita hadapi ketika menempah bilik hotel – adakah sarapan patut disertakan dengan tempahan hotel atau tidak?

    Agoda Melakukan Analisis

    via Agoda

    Agoda telah menganalisis perkara tersebut dan menyenaraikannya mengikut keutamaan untuk 10 buah pasaran Asia.

    Data Agoda dua bulan kebelakangan ini telah menunjukkan bahawa pelancong dari negara Taiwan adalah yang paling cenderung untuk menempah penginapan bersama dengan sarapan pagi.

    Hampir Separuh Adalah Dari Taiwan

    via Timchew Net

    Hampir separuh (46%) pelancong dari Taiwan memilih untuk memasukkan sarapan pagi bersama tempahan penginapan mereka, diikuti rapat oleh pelancong dari Vietnam (43%) dan India (42%).

    Negara yang kurang cenderung untuk memilih sarapan dengan tempahan penginapan pula adalah Korea Selatan (29%), Jepun (27%), dan Malaysia (23%), masing-masing berada di kedudukan 8, 9, dan 10.

    Lebih Cenderung Kepada Pelancong Asing

    via Alila

    Apabila membandingkan perjalanan domestik dengan perjalanan luar negara, Agoda mendapati bahawa pelancong yang melawat ke luar negara lebih cenderung untuk memilih keselesaan dan ketenangan fikiran.

    37% pelancong antarabangsa memilih tempahan ‘termasuk sarapan’ di Agoda, berbanding 31% daripada mereka yang menginap di dalam negara.

    Sarapan Di Malaysia Bukan Pilihan Pelancong

    via Kitty Kah

    Melalui penelitian data destinasi tertentu, Agoda mendapati bahawa sarapan pagi dipilih dengan lebih kerap untuk perjalanan ke Vietnam, diikuti dengan Taiwan (#2) dan Filipina (#3).

    Data juga menunjukkan bahawa bufet sarapan pagi kurang dipilih di Jepun (#7), Malaysia (#8) dan Singapura (#9), serta paling kurang popular di Korea Selatan (#10), di mana hanya 1 dalam 10 pelancong akan menempah sarapan pagi bersama penginapan hotel mereka.

    ALSO READ:  “Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?” – Muat Naik Cara Pemakaian Ihram Fezrul Khan Di Instagram Cetus Kecaman Netizen

    Memudahkan Penginapan

    via Restauran Detail

    Bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan untuk bersarapan pagi, anda boleh gunakan filter ‘Termasuk Sarapan’ di Agoda.com dan dalam aplikasi Agoda, untuk mencari tawaran terbaik dengan lebih cepat.

    Ini bukan sahaja memudahkan anda tidur dengan nyenyak, malahan memberi anda suatu sebab yang terbaik untuk bangun pada awal pagi.



    Credit: Jalan-Jalan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts