Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Meriahkan Konsert ‘UND3RGROUND’ – Butterfingers, Hujan & Bunkface

    Jom Meriahkan Konsert ‘UND3RGROUND’ – Butterfingers, Hujan & Bunkface

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hitman Solutions, sebuah jenama yang terkenal sebagai penganjur acara di Malaysia, sekali lagi menyajikan hiburan tanpa henti bagi para peminat muzik terutamanya mereka yang gemar muzik rock. Konsert ini merupakan satu acara yang paling ditunggu-tunggu pada tahun 2024.

    Mengabungkan 3 Gergasi Band

    via Joeprcinternational

    UND3RGROUND, sebuah konsert yang menggabungkan tiga (3) gergasi band indie negara – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE akan berlangsung pada tarikh 2hb Mac 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon.

    Bertempat di The Estate On Federal Hill jam 2 petang, sidang media eksklusif telah diadakan bagi mewar-warkan rencana konsert yang bakal diadakan oleh Hitman Solutions pada bulan Mac ini.

    Hitman Solutions, sebagai pemain utama dalam penganjuran konsert di Malaysia, sentiasa berfikiran ke hadapan demi memenuhi citarasa penggemar muzik tempatan yang mencari hiburan langsung secara fizikal. Untuk tahun 2024, mereka telah menyediakan satu acara istimewa untuk peminat rock indie di Malaysia.

    Berlangsung 3 Jam

    via Joeprcinternational

    Konsert UND3RGROUND direncanakan akan berlangsung selama 3 jam di mana setiap band akan membuat persembahan selama 45 minit dengan menyanyikan karya-karya klasik mereka.

    Pada hari pelancaran, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10-meter dijadikan ikon promosi konsert UND3RGROUND, yang akan diiktirafkan sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

    Nama-nama besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena indie ketika era ‘band’ berkembang, jadi mereka ingin raikan setiap perjalanan karier penyanyi melalui sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian kumpulan muzik ini dalam industri muzik.

    Konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah pengalaman indie yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

    Tiket Sudah Mula Dijual

    via Joeprcinternational

    UND3RGROUND disokong oleh beberapa pihak termasuk Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool101 FM, dan Eight FM (Rakan Radio Rasmi), Lobak Merah dan Good Foodie Media (Rakan Media Rasmi) serta Sunway Lagoon (Lokasi Rasmi).

    ALSO READ:  [VIDEO] Adakah Insiden Helikopter Terhempas Termasuk Dalam Syahid Akhirat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Tiket konsert boleh diperolehi dalam 5 kategori berbeza, Rockzone – Early Bird (RM149), Rockzone – Phase 1 (RM199), Rockzone – Phase 2 (RM249), Mosh Tix (RM299) serta Vibers Pit (RM499), dan penjualan bagi kategori Rockzone akan dikeluarkan secara berperingkat.

    Pembelian tiket konsert boleh dilakukan mulai 11hb Januari 2024, jam 2 petang di www.hitmanlive.com, jadi dapatkan tiket-tiket ke konsert UND3RGROUND – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE dengan segera!

    Sebarang pertanyaan berkenaan konsert boleh hubungi +6012-2655783 atau [email protected]

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts