Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Mulakan Pengembaraan Percutian: 4 Tempat Unik untuk Dijelajahi di Malaysia Musim...

    Jom Mulakan Pengembaraan Percutian: 4 Tempat Unik untuk Dijelajahi di Malaysia Musim Cuti ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Memandangkan musim cuti sudah tiba, Malaysia kini membongkar khazanah tersembunyinya, menjemput pelancong tempatan untuk memulakan perjalanan unik melangkaui destinasi pelancongan yang cliche.

    Keindahan tenang Tasik Timah Tasoh di Perlis hingga ke sawah padi Sekinchan di Kuala Selangor, Pulau Lang Tengah yang mempesonakan di luar pantai Kuala Terengganu; dan pengembaraan Sungai Lembing di Pahang—empat destinasi ini menjanjikan gabungan keajaiban alam semula jadi, pengalaman budaya dan pengembaraan yang luar biasa.

    Tasik Timah Tasoh

    via Redbus

    Terletak di tengah-tengah keindahan alam semula jadi, Tasik Timah Tasoh, juga dikenali sebagai Empangan Timah Tasoh, merupakan tasik buatan seluas 1300 hektar yang telah menarik perhatian pengunjung sejak dicipta pada tahun 1992.

    Untuk perjalanan lancar ke ‘hidden gem’ ini, anda boleh pertimbangkan untuk menempah bas terus di laman web redBus dari Kuala Lumpur (TBS) ke Kangar, Perlis.

    Dari Kangar, terdapat pelbagai pilihan pengangkutan awam dan persendirian untuk ke Tasik Timah Tasoh, untuk perjalanan yang lancar.

    Sekinchan

    via Redbus

    Temui daya tarikan Sekinchan, hab beras Malaysia, di mana ladang emas terbantang luas pada bulan Jun dan Disember, sesuai untuk mengambil foto hasil tuaian.

    Mulakan perjalanan malam yang mempesonakan menaiki bot di sepanjang Sungai Selangor, ditemani kelip-kelip menerangi tebing sungai.

    Bukan itu sahaja, pemandangan bersama pokok-pokok yang mempesonakan juga mencipta pengalaman seperti mimpi seakan fenomena Blue Tears yang memukau di pinggir pantai. Akhir sekali, nikmati pelbagai makanan laut yang menarik di banyak restoran istimewa di tepi sungai untuk mengakhiri hari anda!

    Pulau Lang Tengah

    via Redbus

    Mulakan perjalanan yang memukau ke Pulau Lang Tengah, tidak jauh dari pantai Kuala Terengganu, di mana alam semula jadi mempersembahkan pemandangan yang mempesona — Blue Tears.

    ALSO READ:  Untuk Kaki ‘Shopping Online’, Jom Tengok Apa Yang Gempak Sangat Jualan Hebat 11.11 Shopee Ni!

    Sertai pengembaraan setiap malam dimana plankton, sejenis alga laut mikroskopik yang mengeluarkan cahaya biru terang ‘mewarnai’ gigi air.

    Terokai pulau itu dan nikmati masakan tradisional Terengganu, dan abadikan memori dengan keindahan fotografi di bawah malam berbintang.

    Sungai Lembing

    via Redbus

    Bersedia untuk pengembaraan menyeronokkan di Sungai Lembing! Mulakan di Tasik Biru yang menakjubkan, permata tersembunyi dengan air biru jernih dan persekitaran yang subur.

    Bersiap sedia untuk menerokai Air Terjun Pelangi, pemandangan ajaib di tengah-tengah hutan tadahan hujan yang menyajikan warna-warna terang selama 30 minit sahaja setiap hari.

    Untuk perjalanan yang santai, pilih laluan bas melalui redBus dan nikmati perjalanan bas yang indah ke UMP Gambang, diikuti dengan perkhidmatan e-hailing yang mudah ke destinasi anda.

    Jadi, kemaskan beg, tempah tiket bas, dan mulakan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan merentasi landskap Malaysia yang mempesonakan!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts