Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Penuhi Impian Percutian Anda Sebelum Berakhirnya 2023!

    Jom Penuhi Impian Percutian Anda Sebelum Berakhirnya 2023!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hanya tinggal beberapa bulan lagi dalam tahun ini dan inilah masa yang paling sesuai untuk percutian menyegarkan diri anda semula bagi menghadapi tahun 2024.

    Platform pelancongan digital Agoda berkongsi lima destinasi hebat untuk merenungi perjalanan anda tahun ini dan menyambut tahun yang bakal menjelang.

    Makanan Minda di Taipei

    via Agoda

    Menurut pepatah Sepanyol, minda dikuasai oleh perut. Penggemar makanan yang inginkan pengembaraan dengan kelainan harus kunjungi Taipei yang meriah dengan pelbagai jenis makanan yang bukan sahaja mengisi perut, tetapi juga minda.

    Nikmati hidangan istimewa tempatan seperti mi sup daging lembu atau xiao long bao (ladu sup).

    Berkunjung ke pasar malam yang meriah dengan gerai-gerai makanan tepi jalan atau berehat seketika di rumah teh tradisional untuk menikmati secawan teh yang menenangkan.

    Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih Di Pulau Jeju, Korea Selatan

    via Agoda

    Temui ketenangan di Hutan Penyembuhan Seogwipo di Pulau Jeju yang mempunyai sebatang denai hutan yang panjangnya sepanjang 11 km dan berliku.

    Keajaiban alam semula jadi Jeju yang lain turut menjadi tempat yang damai untuk melarikan diri seketika dari kehidupan yang sibuk.

    Antaranya, ladang-ladang bunga yang berwarna-warni di Bukit Camellia dan Air Terjun Jeongbang – satu-satunya air terjun di Korea yang mengalir terus ke laut, satu keindahan alam yang jarang ditemui di dunia.

    Tiada Lagi Yang Lebih Zen Berbanding Wakayama, Jepun

    via Agoda

    Kunjungi laluan penghijrahan purba Kumano Kodo yang mempunyai tempat berhala, onsen (mata air panas), ryokan (rumah tumpangan tradisional), air terjun dan pemandangan yang menakjubkan.

    Daya tarikan Wakayama bukan sahaja terletak di sepanjang laluan bersejarah ini, malahan ia juga menawarkan pelbagai aktiviti kembara seperti berkayak, menjelajah gua dan juga menyaksikan bintang-bintang di langit malam yang paling jelas dan indah di Jepun.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘2 Tahun Matin Minta Ipad Tapi Mummy Tak Belikan, Biar Dia Lebih Hargai Barang’ – Watie Hanifiah

    Lupakan Segala Pancaroba Di Phuket, Thailand

    via Agoda

    Nikmati secawan teh dan benamkan kaki anda di dalam pasir di salah sebuah pantai yang mempesonakan di Thailand.

    Sama ada anda memilih untuk bersantai di tepi pantai Laut Andaman atau menerokai pasar jalanan yang meriah, atau menjamu selera dengan masakan Thai yang asli, Phuket menawarkan destinasi yang sempurna untuk merenung kembali peristiwa pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun ini.

    Berkayuh Merentasi Masa Di Perlis

    via Agoda

    Terkenal dengan suasana yang santai dan keindahan desa yang permai, Perlis menampilkan sawah padi yang indah, kampung yang menghijau, bukit batu kapur, tasik yang tenang, dan penduduk berbilang kaum yang mesra.

    Berbasikal melalui landskap yang damai dan indah sambil mendekati budaya dan tradisi di kawasan ini.

    Dalam perjalanan anda ke Wang Kelian, tempat untuk melihat pemandangan yang indah, luangkan masa untuk merenungi perjalanan hidup anda dan tinggalkan semua kebimbangan dengan setiap pusingan pengayuh basikal.

    Memandangkan tirai tahun 2023 semakin hampir kepada penutupnya, inilah masanya untuk kita bercuti dan menyegarkan semula tubuh dan minda untuk menghadapi lembaran yang baharu di tahun 2024.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts