Tahun baru dah dekat! Korang dah plan ke nak sambut dekat mana? Kalau belum, jangan risau sebab Sunway bakal adakan sambutan Tahun Baru yang super fun!
Tak kira la korang suka layan muzik, shopping barang rare atau nak sambut secara lebih mewah, Sunway menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Jom lihat antara aktiviti yang menanti korang:
Countdown & konsert DJ di Sunway Velocity – Party dari petang sampai tengah malam!
Kalau nak sambut tahun baru dengan penuh vibe, Sunway Velocity adalah tempat paling onz untuk korang pergi! Acara di sini bermula pukul 4.30 petang pada 31 Disember dan berlangsung sampai tengah malam! Sepanjang malam, korang boleh enjoy DJ Remix Concert dengan DJ Musher. Ada juga persembahan daripada Dolla, 3P, Elva Suyan dan ramai lagi!
Selain tu, korang boleh singgah Rows Market yang menawarkan barangan kreatif, fesyen terkini dan pelbagai juadah yang membuka selera. Paling penting, jangan lepaskan peluang untuk saksikan pertunjukan bunga api yang bakal menghiasi langit KL pada detik tengah malam!
2. Hoholand Market Di Sunway City Iskandar Puteri – Sambut tahun baru lebih awal!
Kenapa nak sambut tahun baru untuk satu malam je, kan? Di Sunway City Iskandar Puteri, sambutan tahun baru bakal bermula dari 27 Disember sehingga 31 Disember! Fuhh!
Di sini juga akan ada Hoholand Market yang penuh dengan barang-barang unik dan streetfood yang best!
Khusus pada 31 Disember akan ada konsert DJ Remix dan persembahan istimewa daripada Jestinna Kuan, Perry Kuan, Byun Lim, Dalia Farhana, Naim Daniel dan ramai lagi!
Haa.. Dekat sini nanti pastikan korang tunggu sampai tengah malam sebab akan ada juga pertunjukan bunga api!
3. Sunway Sanctuary untuk makan malam elegan & pemandangan bunga api yang lebih eksklusif
Mahukan sambutan yang lebih eksklusif dan elegan bersama tersayang? Korang boleh ke Sunway Sanctuary di Sunway City Kuala Lumpur.
Di sini korang berpeluang untuk menikmati buffet makan malam mewah sambil ditemani muzik live. Bukan itu sahaja, korang juga bakal dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api yang memukau pada detik 12 tengah malam.
Harga untuk makan malam:
- Dewasa: RM188+
- Warga Emas (55+): RM158+
- Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun): RM94+
Untuk tempahan, korang boleh call +6019-2164647 atau booking secara online di SINI.
4. Shopping sakan di Sunway Pyramid – Dibuka sehingga jam 1 pagi
Sunway Pyramid akan beroperasi sehingga jam 1 pagi pada 31 Disember untuk memenuhi keperluan tahun baru korang, jadi kalau perlu shopping last minute bolehlah korang terus ke sini!
Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Pingmin Market dekat LG1 Oasis Entrance, ada banyak barangan handmade dan unik buat korang yang nak mencari buah tangan buat tersayang mahupun diri sendiri.
Lepas dah shopping sakan, jangan balik terus sebab di sini juga ada pertunjukan bunga api yang bakal buat sambutan tahun baru korang lebih meriah!
Bonus: Diskaun & tawaran hebat untuk Hotel, taman tema & pusat membeli-belah Sunway!
Sunway juga ada tawaran akhir tahun di hotel-hotel, taman tema, dan pusat membeli-belah mereka. Kalau korang nak staycation atau shopping inilah masa paling tepat sebab ada banyak tawaran menarik yang menanti!
Jangan lupa muat turun Sunway Super App untuk nikmati lebih banyak ganjaran dan tawaran istimewa!
Buat korang yang sedang berada jauh di perantauan dan tak dapat bersama tersayang untuk sambutan ini, tapi nak kirim duit buat keluarga di Malaysia. Korang boleh berbuat demikian melalui Sunway Money.
Dengan Sunway Money, korang boleh hantar wang ke lebih daripada 80 negara di seluruh dunia dengan cara yang selamat dan cepat.
Paling best, Sunway Money juga menawarkan kadar tukaran mata wang yang kompetitif!
Haa.. Hantar duit settle!, nak celebrate all out untuk tahun baru nanti pun settle! Pilih je salah satu lokasi Sunway di atas dan enjoy quality time korang bersama tersayang 🙂
Sekiranya korang memerlukan maklumat tambahan mengenai sambutan tahun baru di Sunway korang boleh ke laman web rasmi mereka di SINI.