Sudah menjadi lumrah, setiap kali tibanya musim perayaan akhir tahun krismas, kita tak dapat lari daripada menonton filem—filem klasik. Home Alone, The Sound of Music, The Polar Expressway antara filem bertemakan Krismas menjadi pilihan seisi keluarga. Bukan sahaja yang menyambut hari Natal, bahkan semua orang menyukai filem-filem klasik yang sentimental dan dekat dihati ini.
The Holiday
Filem ini menceritakan tentang dua wanita yang gagal dalam percintaan. Mereka berdua memutuskan untuk bertukar rumah semasa cuti Krismas dan Tahun Baru. Iris (Kate Winslet) tinggal di sebuah kotej di kawasan luar bandar Surrey, England. Manakala watak Amanda (Cameron Diaz) tinggal di rumah agam mewah di Los Angeles. Pertukaran rumah membawa mereka menemui cinta hati baru yang penuh ‘suspen’.
The Family Stone
Paling penulis suka! Bayangkan bila kamu membawa cinta hati bertemu dengan keluarga. Mesti macam-macam ragam, dan filem ini ada kesemuanya. Everett (Dermot Mulroney) membawa teman wanitanya Meredith (Sarah Jessica Parker) pulang beraya di rumah keluarga besar untuk meraikan krismas. Dek kerana personaliti Meredith yang agak tegang, dia tidak diterima baik oleh keluarga Everett. Konflik timbul bila munculnya kakak Meredith, Claire dan babak yang membawa kepada ‘twist’.
Love Actually
Legendary! Filem yang diterbitkan 20 tahun lalu masih menjadi pilihan penonton sehingga ke hari ini. Kisah yang memfokuskan kepada pelbagai cerita daripada beberapa orang yang berbeza pandangan. Sebuah filem cinta berlatarkan suasana Krismas menjadikan Love Actually penuh memori. Salah satu adegan paling ikonik dari filem ini ialah apabila Juliet (Keira Knightley) dikunjungi oleh Mark (Andrew Lincoln) di rumahnya, membawa helaian kertas meluahkan perasaannya. Ramai yang meniru babak ini untuk meluahkan perasaan cinta.
Jom hujung minggu tonton bersama keluarga yang tercinta.