Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Saksikan Filem Dalang! Kisah Wartawan Dalam Membongkar Kebenaran

    Jom Saksikan Filem Dalang! Kisah Wartawan Dalam Membongkar Kebenaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menjejaki kebenaran adalah tugas seorang wartawan. Tetapi, bagaimana jika kebenaran itu sebenarnya hanya tipuan yang dimanipulasi oleh seseorang?

    Dengan Kerjasama Finas

    via Media Prima Television Networks

    Tayangan eksklusif Dalang akan disiarkan di Tonton dengan kerjasama Finas, filem terbaru hasil terbitan Lumatic Films dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha bermula pada 20 Disember 2023.

    Filem ini menggabungkan pelakon terkenal negara seperti Luqman Hafidz, Liyana Jasmay, Wan Raja, Nesa Idrus, Arash Mohamad, Aziz M. Osman, Imuda, Idan Aedan, Megat Adli, Abi Madyan, Yuyun Hikmah, dan Fadhli Masoot.

    Mengisahkan Mengenai Tugas Wartawan

    Dalang menceritakan kisah Zain (Luqman Hafidz) yang selalu menghadapi pelbagai cabaran dalam tugasnya sebagai seorang wartawan jenayah bebas dan kehidupan peribadinya.

    Zain mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan maklumat dalam mencari berita tentang aktiviti jenayah kolar putih.

    Kemahiran Zain dalam membongkar rahsia jenayah kolar putih itu menjadikan dia dihampiri oleh kumpulan bebas yang bertekad untuk membantu mangsa-mangsa yang tertindas oleh penyalahgunaan kuasa.

    Membongkar Kegiatan Gelap

    via Media Prima Television Networks

    Ikhlas (Aziz M. Osman) adalah seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal di kalangan penduduk tempatan.

    Dia juga terlibat dalam operasi rahsia ini bersama Ayu (Liyana Jasmay). Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas membuka papan permainan untuk menangkap seorang dalang dalam kes kegiatan gelap oleh wakil penduduk tempatan iaitu Dato’ Pin (Arash Mohamad).

    Tontonlah filem terbaru, Dalang secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton bermula 20 Disember 2023.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts