Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Saksikan Konsert Wali “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang

    Jom Saksikan Konsert Wali “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Konsert yang dinantikan oleh peminat muzik di utara dianjurkan oleh syarikat penganjur konsert terkenal iaitu Orange International, ‘KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG’.

    Menampilkan Penyanyi Dari Indonesia

    via Joeprcinternational

    Konsert ini akan menampilkan penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan juga Khai Bahar pada 3 Februari 2024 ini, jam 8:30 malam, di Spice Arena, Pulau Pinang akan berlangsung kurang dari sebulan sahaja lagi.

    Di Gula Cakery, KL East Mall, sebuah sidang media khas diadakan untuk mempromosikan konsert tersebut yang akan diadakan tidak lama lagi.

    Konsert yang dijangka berlangsung selama lebih dari 2 jam akan diserikan dengan persembahan antara 13 hingga 15 lagu, semua bergantung kepada permintaan penonton dengan mengangkat tema ‘hijau’ bagi program ‘Eco-Schools’ yang dicadangkan oleh kerajaan.

    Disarankan Memakai Baju Berwarna Hijau

    via Joeprcinternational

    Dato’ Fadzli juga menyarankan penonton yang hadir untuk mengenakan pakaian berwarna hijau pada malam konsert sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools.

    Beliau juga berharap agar peminat muzik akan terus menyokong mereka dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting agar semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert agar 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre akan menghiburkan semua penonton.

    Tiket untuk KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG terdapat dalam beberapa kategori seperti Rock Zone (RM88), Silver (RM99), Gold (RM129), VIP (RM159) dan VVIP (RM259) dan boleh dibeli secara atas talian di laman web www.ticket2u.com.my/walipenang atau melalui talian hotline +6011-1133 7638.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts