Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Saksikan Nabila Huda Sebagai Hos Rancangan “Masak Sana Sini New York”...

    Jom Saksikan Nabila Huda Sebagai Hos Rancangan “Masak Sana Sini New York” Di RTM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapakah yang boleh menafikan kebolehan Nabila Huda sebagai hos? Bukti terkini, Nabila dipilih untuk menjadi hos dalam program “Masak Sana Sini New York” setiap Isnin hingga Sabtu, jam 12.00 tengah hari di saluran Okey dan juga boleh ditonton secara percuma melalui RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

    Bersama-Sama Rakyat Malaysia

    Berkelana ke bumi New York, Kota Nombor 1 Dunia itu membawa Nabila bersama rakyat Malaysia yang menetap di sana untuk memasak pelbagai hidangan berbuka puasa yang mudah dan ringkas.

    Sebanyak 26 episod, penonton dapat menikmati keindahan Washington Square Park, bangunan tinggi di Time Square, The High Line, bangunan The Vessel, bangunan bersejarah Grand Central Terminal, Central Park, The Metropolitan Museum, jambatan ikonik Brooklyn Bridge, keunikan The Oculus, Chinatown, American Museum of Natural History, Coney Island, Little Island, kawasan Soho, New York, New York Transit Museum, Roosevelt Island, senibina Flatiron Building, dan Promenade Height & Dumbo.

    Penggambaran Di Lokasi Yang Menarik

    via Instagram Nabila Huda

    Selain itu, dalam program ini juga dikongsi pengalaman Nabila di Prospect Park,  Joker Stairs, Unisphere, The Charging Bull (Wall Street), bangunan ikonik Empire State Building, pengalaman menaiki Bas Hop on Hop Off New York City, Statue of Liberty, serta episod khas Nabila Huda menyambut Hari Raya di New York bersama rakyat Malaysia yang menetap di sana.

    Nabila juga akan menyediakan hidangan istimewa Hari Raya untuk dinikmati bersama tetamu.

    Berkongsi Resepi Berbuka

    via Instagram Nabila Huda

    Bukan itu sahaja, Nabila juga akan berkongsi Resepi hidangan berbuka puasa dengan tetamu jemputan seperti Noor Azreen Kamalzman yang bertugas di Konsul Imigresen Malaysia, New York, Nalini A/P Sinniah; Pegawai Atas Imigresen Malaysia, New York, Khairul Azman (Penerbit Animasi), Alif Idlan (mahasiswa dari Columbia University New York), Wafi Abd (pereka produk), Tasneem Abd Halim (pegawai korporat), Sarah Zaid (Strategi Komersial), Shazlyn Millieana (pensyarah), Saiful Amri yang bekerja dalam bidang ekonomi, dan Aliaa Zulkifli (Pengarah Kanan Pemasaran Prestasi).

    ALSO READ:  Maya Karin Tak Sangka Watak Duyung & Pontianak Beri Impak Besar – ‘Sampai Sekarang Orang Masih Ingat’

    Juga turut menyaksikan air tangan anak tempatan lain seperti Edlan Mikyad (mahasiswa dari United States Military Academy), Sharon Lam yang (Pembantu Guaman), Anis Azlan (Pegawai Pemasaran), Alisya Razman (Guru Tarian Profesional), Wan Khalil Wan Ahmad (ahli perniagaan), Izham Iskandar yang bekerja sebagai (Penggalak Pelaburan), Nuryani Iman (Jurutera Perisian), Amaliza Bahari yang bekerja sebagai Pegawai Kerajaan di United Nation Malaysia, New York, Natasha Hazirah (mahasiswi di Rutgers University Newark) dan Shammil Haiqal (mahasiswa di St John University).

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts