Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Serbu One Utama Untuk ‘Test Power’ Kasut Sukan New Balance Terbaharu,...

    Jom Serbu One Utama Untuk ‘Test Power’ Kasut Sukan New Balance Terbaharu, Fresh Foam X 1080v13′

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur



    New Balance Fresh Foam X 1080v13

    New Balance mengajak orang ramai untuk melihat dan mencuba sendiri kasut sukan terbaharu mereka iaitu Fresh Foam X 1080v13. Mulai sekarang hingga 13 November 2023, anda yang gemar bersukan dan mendambakan kasut yang selesa dijemput untuk menyertai pengalaman mengasyikkan di Pusat Beli-belah 1 Utama di Bandar Utama. Di acara ini, anda boleh merasai sendiri pengalaman mencuba Fresh Foam X 1080v13. Malah lebih menarik lagi, tiga pemenang bertuah akan memenangi sepasang Fresh Foam X 1080v13 bernilai RM799.00. Untuk mengambil bahagian, pengunjung perlu mengumpul setem dari setiap empat stesen iaitu Scan Your Sole, Test Your Stride, Power Your Steps dan Strut Your Feed. Selepas melengkapkan tugasan ini, jangan lupa untuk siarkan gambar terbaik anda di bahagian foto pada media sosial anda dengan hashtag – #NewBalanceMY, #FreshFoamX dan #1080v13. Dengan ke semua empat setem terkumpul, anda layak menyertai cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi Fresh Foam X 1080v13 baharu dan barangan eksklusif daripada New Balance.

    New Balance Fresh Foam X 1080v13 ialah gabungan unik keselesaan yang boleh dipercayai dan prestasi tinggi, menawarkan fleksibiliti yang menjangkau setiap hari hingga hari perlumbaan. Kusyen tapak tengah Fresh Foam X memastikan peralihan lancar daripada pendaratan ke push-off. Manakala bahagian atas memberikan sokongan dan aliran udara yang baik. Fresh Foam X 1080v13 menghadirkan kusyen yang dipertingkatkan, ia menjanjikan larian yang selesa, tanpa mengira jarak. Jadi jom sertai acara New Balance di Tingkat Bawah, New Wing, GF Luxe Pusat Beli-belah 1 Utama. Acara berlangsung dari 7 – 13 November, dan alami masa depan kasut larian.

    Fresh Foam X 1080v13, tersedia dalam beberapa warna iaitu, Starlight dengan Marine Blue, Hitam dengan Putih, Hitam dengan Blacktop dan Grey Matter dengan Shadow Grey, Kini dijual di semua kedai New Balance di Malaysia dan dalam talian di www.newbalance.com.my , pada harga sepasang RM799.00

    ALSO READ:  [VIDEO] Didakwa Tak Pandang Muka & Hargai Pengorbanan Bekas Isteri, Ini Respons Andika Putera



    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts