Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJom Sertai Sheikh Muszaphar Dalam Siri Jelajah Ke Seluruh Negara Sempena Koleksi...

    Jom Sertai Sheikh Muszaphar Dalam Siri Jelajah Ke Seluruh Negara Sempena Koleksi Angkasa Lepas Baharu IKEA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Koleksi AFTONSPARV akan mengitari gedung-gedung IKEA di seluruh negara, dengan penampilan khas angkasawan pertama Malaysia, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor serta aktiviti-aktiviti hebat yang menanti pelanggan di setiap perhentian.

    IKEA Mengeluarkan Koleksi Baharu

    via IKEA

    AFTONSPARV merupakan koleksi baharu untuk kanak-kanak daripada IKEA yang membawa keajaiban angkasa lepas ke rumah anda.

    Daripada permainan lembut hinggalah kepada kadbod kapal angkasa dan khemah roket, koleksi ini bertujuan mencetuskan imaginasi, kreativiti dan semangat pengembaraan dalam kalangan bakal angkasawan dan penjelajah muda.

    Koleksi AFTONSPARV yang dihasilkan bersama dengan kolaborasi kanak-kanak kecil berumur tiga hingga tujuh tahun menawarkan peluang tanpa had untuk permainan kreatif dan sekaligus akan menyemarakkan semangat dan cinta terhadap angkasa lepas.

    Menjalinkan Kerjasama Bersama Sheikh Muszaphar

    via IKEA

    Berilhamkan misinya untuk memupuk generasi peneroka angkasa lepas masa depan, IKEA Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar untuk satu siri jelajah ke seluruh negara.

    Angkasawan pertama Malaysia itu akan berkunjung ke gedung-gedung IKEA di seluruh negara untuk berkongsi pengalamannya tentang penerokaan angkasa lepas dengan pelanggan IKEA serta peminat angkasa lepas.

    • 10 November pada jam 3:20 petang – IKEA Cheras
    • 19 November pada jam 3:30 petang – IKEA Tebrau
    • 25 November pada jam 3:45 petang – IKEA Batu Kawan

    Meneroka Sifat Ingin Tahu

    via IKEA

    Koleksi AFTONSPARV menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka sifat ingin tahu mereka terhadap angkasa lepas, dengan reka bentuk yang mengutamakan kelestarian.

    Ia sejajar dengan komitmen IKEA untuk menghasilkan penyelesaian permainan yang lestari, selamat, dan menyeronokkan.

    Permainan lembut dalam koleksi angkasa lepas tersebut diperbuat daripada poliester kitar semula, manakala kadbod dalam khemah roket mengandungi sekurang-kurangnya 70% daripada bahan kitar semula.

    ALSO READ:  Saya Tidak Mampu Mengawal Apa Orang Komentari dan Katakan Tentang Saya - Melly Goeslaw

    Koleksi AFTONSPARV Ikea akan tersedia ada di gedung-gedung IKEA mulai 9 November 2023. Untuk lebih banyak penyelesaian permainan IKEA, sila layari ikea.my.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts