Lebih meriah! Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya kini kembali lagi untuk tahun yang ketiga!
Gelombang Festival Raya ini akan melanda MITEC, KL pada 29 Mac hingga 1 April 2024 selama 66 jam tanpa henti.
Festival raya terbesar
Untuk tahun ini, pihak penganjur menawarkan sebanyak 720 tapak gerai dengan hasil keuntungan sebanyak RM20 juta daripada pempamer serta menarik seramai 2 juta pengunjung bagi memeriahkan festival raya ini.
Pastinya anjuran kali ini bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management bakal menjanjikan pengalaman Festival Raya yang lebih hebat buat para pengunjung.
Dengan perkembangan yang progresif pada kadar 25% setiap tahun, pencapaian ini telah memberikan peluang yang baik kepada usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (SMEs).
Justeru itu, ABGR menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ramai, serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas.
Barisan selebriti terkenal
View this post on Instagram
Dalam pada itu, festival ini akan dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amy Search, Diana Danielle, Dolla, Hael Husaini, Aedy Ashraf, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Meerqeen, Neelofa, Ziana Zain, Bella Astillah, Alif Satar, Johan, Ozlynn, Anna Jobling, dan ramai lagi.
Bukan itu sahaja, podcast politik paling trending iaitu ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikan oleh dua ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan bakal menemui pengunjung pada 30 Mac jam 10 malam.
Bagi mereka yang ingin berbuka dan bersahur jangan risau kerana mini Absolut FoodFest terdapat lebih 80 penjual menawarkan pelbagai juadah. Ruangan solat turut disediakan untuk pengunjung yang ingin menunaikan solat dan solat tarawih.
Pihak penganjur juga mengekalkan aktiviti Money Chamber, Wheel of Fortune dan Happy Hour yang pasti akan memeriahkan suasana.
Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 menerima sokongan daripada Media Prima Berhad sebagai Rakan Media Rasmi. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di zon “Macam Dulu-Dulu” seperti beramah mesra bersama selebriti-selebriti TV9, TV3 dan penyanyi lagu “Macam Dulu-Dulu” oleh Khai & Marsha.
Selain itu, masih terdapat pelbagai kejutan menarik yang bakal diumumkan menjelang festival raya tersebut. Pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat mengikuti perkembangan terkini melalui laman sosial ABXGR di @gaya_raya dan @absolutbazaar.
Kami harap anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjung Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 dan nikmati pengalaman membeli-belah paling awesome!
Lawati zon “Macam Dulu-Dulu” di Dewan 2, petak Somborne D10 dan hayati kemanisan nostalgia menerusi xtra.com.my/macamduludulu