Kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Ismail Sabri telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hafiz Osman, baru-baru ini.
Penyatuan Nina bersama Hafiz turut mendapat respon oleh bekas suaminya, Jovian Mandagie menerusi hantaran di Insta Stories menitipkan ucapan tahniah buat bekas isterinya selain memohon maaf kerana tidak dapat hadir di majlis pernikahan Nina.
“Congratulations to the newlyweds! Maaf saya tidak dapat hadir menyaksikan penyatuan indah anda. Doa saya adalah bersama anda berdua Nina Ismail Sabri dan Hafiz Osman.
Wishing you all the happiness and joy in life. We’ll catch up over dinner when i’m back in KL soon!.”-kapsyen Jovian di Insta Stories
“Perpisahan Bukan Satu Pengakhiran…”
Dalam pada itu, Jovian turut berpendapat perpisahan itu bukanlah sebuah pengakhiran, namun ia adalah sebuah permulaan hidup seseorang individu.
“Kadangkala, perpisahan bukanlah pengakhiran tapi sebuah permulaan. Peluang untuk mencari mencari kebahagiaan yang lebih besar selain daripada yang kita dapat bersama.
Dihubungkan oleh rasa hormat, kasih sayang yang kami kongsikan untuk apa yang telah kami bina sebelum ini. Itu kisah kami.
Terima kasih kepada kesemua kata-kata dan ucapan yang baik dari anda. Saya sangat tersentuh.”-tulis Jovian lagi
Sekadar info, Jovian pernah mendirikan rumah tangga bersama Nina Ismail Sabri pada 11 Disember 2013 sebelum membuat keputusan untuk berpisah secara baik pada Ogos 2022.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie.