Usahawan kosmetik, Joy Revfa berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia kini sedang hamil 10 minggu.
Joy Revfa umum hamil
Menerusi hantaran di Instagram, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 37, berkata dia dan suami, Dr. Adrian Yeah tidak menyangka dikurniakan rezeki awal untuk menimang cahaya mata. Namun bersyukur atas kehadiran insan kecil dalam kehidupan mereka.
Alhamdulillah, dah masuk 10 minggu. Tak sangka terlalu awal mengandung kali ni, rasa bersyukur Allah SWT nak bagi rezeki awal sebelum kami honeymoon.
Bercerita dengan lebih lanjut, Joy memberitahu bahawa kehamilan keduanya ini agak berbeza daripada sebelum ini kerana mengalami alahan teruk termasuk loya, mual dan lemah badan.
Badan rasa sejuk, nak demam tapi tak demam. Hari-hari semakin rajin pulak masak.
Sebab tu, hargailah isteri dan ibu anda. Bukan senang nak melahirkan seorang manusia keluar dari rahim tau.
Untuk info, Joy dan Dr. Adrian telah mendirikan rumah tangga sebelum Ramadan lalu namun tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Pasangan merpati dua sejoli ini kemudian melangsung majlis resepsi perkahwinan mereka di The Dome, Bandar Baru Klang, pada 22 Jun lalu.
Usahawan itu sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.
Sebeum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli pernigaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 10 tahun.