Adakah korang kaki shopping? Sebagai seorang kaki shopping, mesti korang akan berbelanja besar-besaran apabila ada jualan murah, bukan?
Akhirnya, jualan yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu Jualan 11.11 Taobao! Tahun ini, ia bakal jadi lebih besar, lebih meriah dan lebih mesra pengguna sebab buat pertama kali, Taobao akan menyajikan pengalaman beli-belah dalam dua bahasa, iaitu Cina dan Inggeris.
Lepas ini dah tak perlu risau kalau tak faham bahasa, semua orang boleh enjoy shopping dengan mudah di Taobao!
Apa yang best sangat tentang jualan 11.11 kali ini?
Dengan tema ‘Beli Sejauh Yang Anda Boleh Fikirkan’, korang boleh expect tawaran gempak dari pelbagai jenama yang korang suka.
Bermula dari 21 Oktober, korang boleh mula kumpul barang ke dalam troli dan nikmati pelbagai diskaun menarik, termasuk baucar penghantaran percuma bernilai RM21 setiap hari!
Tak kira korang nak cari barang keperluan rumah, fesyen atau aksesori elektronik, semuanya ada dengan harga runtuh!
Bukan itu saja, buat pengguna baharu Taobao, korang boleh claim faedah eksklusif bernilai sehingga RM90 termasuk tiga baucar penghantaran percuma dan diskaun RM18 dengan perbelanjaan minimum yang rendah.
Bukan itu sahaja, kalau tak puas hati dengan barang, ada juga pulangan percuma untuk pesanan pertama korang (untuk penghantaran ke Malaysia Barat).
Bila nak mula shopping?
Jualan Taobao 11.11 akan berlangsung dalam dua fasa, jadi korang ada masa lebih untuk kumpul semua tawaran menarik. Fasa pertama bermula dari 21 Oktober hingga 24 Oktober, dan fasa kedua pula dari 31 Oktober hingga 11 November.
Bestnya, korang boleh jimat besar sambil shopping untuk musim Krismas dan Tahun Baru Cina yang akan datang!
Lagi best, kalau korang shopping guna kad kredit CIMB, RHB atau Public Bank, korang boleh dapat diskaun sehingga RM80 pada tarikh-tarikh tertentu.
Bayangkan, bukan saja diskaun produk, tapi dengan kad kredit korang pun boleh jimat lagi!
Jadi, apa tunggu lagi? Jualan Taobao 11.11 dah tak lama lagi! Download aplikasi Taobao secara percuma sekarang dan bersedia untuk shopping sakan dengan tawaran yang tak boleh dilepaskan.
Nak lebih info? Check out Facebook, Instagram atau TikTok Taobao Malaysia! Jangan ketinggalan, rugi kalau tak grab peluang ni!