Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJuara Akademi Qurra' 2024 Berusia 21 Tahun dari Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Raih...

    Juara Akademi Qurra’ 2024 Berusia 21 Tahun dari Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Raih RM25,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Akademi QurraAkademi Qurra

    Selepas lapan minggu bersaing, peserta asal Melaka iaitu Tilmiz Amnan, 21, dinobatkan sebagai juara Akademi Qurra’ 2024.

    Tilmiz Amnan juara!

    Akademi QurraAkademi Qurra

    Kemenangan tersebut sekali gus menewaskan empat finalis lain iaitu Tilmiz Luqman, Tilmizah Sofea, Tilmizah Syahira dan Tilmizah Sholihah.

    Tilmiz Amnan yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi.

    Menurutnya, dia berasa syukur dengan kemenangan tersebut dan berterima kasih kepada pihak juri.

    Setiap minggu berbeza cabarannya.Saya kerap tak sihat dalam pertandingan, setiap kali sebelum nak membaca akan letih. Mungkin terlalu berusaha keras.

    Sememangnya saya juga bersyukur atas kemenangan ini dan terima kasih kepada pihak juri kerana memilih saya sebagai juara. Insya-Allah duit ini akan digunakan untuk masa depan dan kegunaan seharian saya.

    Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Tilmizah Syahira dan tempat ketiga dimenangi oleh Tilmizah Sofea dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

    Dalam pada itu, Tilmiz Luqman dan Tilmizah Sholihah diumumkan sebagai penerima saguhati tempat keempat dan kelima dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang.

    Selain itu, Tilmizah Syahira juga berjaya menerima Anugerah Alunan Terindah sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta trofi.

    Sementara itu, juri tetap iaitu Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah berkata, semua finalis memberikan saingan yang sengit dan perbezaan markah antara juara dan naib juara sangat rapat.

    Apa yang berlaku di pentas final adalah tentang fokus masing-masing. Perbezaan markah berlaku ketika soalan dari juri yang kedua. Dalam ramai-ramai, Tilmizah Syahira yang boleh jawab. Apa pun semua dah buat yang terbaik.

    Kalau boleh dikongsikan markah antara juara dan naib juara hanya satu markah dan dengan yang ketiga tak sampai satu markah, dalam 0.87 macam itu. Rezeki masing-masing. Tahniah semua.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, pihaknya sudah merancang beberapa hala tuju dan program bersama semua peserta Akadaemi Qurra’ 2024.

    ALSO READ:  Lelaki Bunuh Teman Wanita Didesak Kahwin kerana Masalah Kewangan

    Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra’ 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

    Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu pukul 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah, Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan, Erma Fatima.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts