Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJuara Program Realiti Amir Sisi Berkongsi Rasa Menerusi “Ayah Ibu”

    Juara Program Realiti Amir Sisi Berkongsi Rasa Menerusi “Ayah Ibu”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengenali nama Amir Sisi. Kanak-kanak yang berusia 13 tahun yang berasal dari kawasan pedalaman Gerik, Perak mula menempa nama beliau menerusi sebuah program realiti untuk kanak-kanak.

    Menerusi program tersebut, ianya benar – benar menyerlahkan dan mengetengahkan lagi bakat Amir.

    Mempunyai Aura Tersendiri

    Dalam program ini, Amir telah digandingkan bersama jurulatih yang juga merupakan seorang penyanyi dari kumpulan MADAM iaitu Putera Muhammad.

    Keserasian gandingan mereka terbukti apabila hampir setiap minggu Amir berjaya memukau hati juri dengan nyanyiannya yang merdu dan unik.

    Sosok kecil yang berbakat besar ini juga mempunyai auranya yang tersendiri dan sering memberi kelainan dalam setiap persembahannya.

    Kali ini, diberi peluang untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Ikhwan Fatanna untuk single sulung beliau yang bertajuk, Ayah Ibu.

    Menceritakan Pengorbanan Ayah Dan Ibu

    via Joeprcinternational

    Lagu ini mengisahkan tentang pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan anak – anak. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini juga sangat dekat dengan kehidupan Amir dari pedalaman.

    Single yang pertama ini juga merupakan hadiah daripada  Rocketfuel Entertainment untuk Amir di atas kemenangan beliau dalam program realiti tersebut.

    Proses rakaman lagu ini juga agak mencabar memandangkan Amir masih lagi bersekolah dan tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh dari Kuala Lumpur.

    Lagu ‘AYAH IBU’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts