Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJudika Mahu ‘Balas Dendam’ Di Konsert The Journey Of Sound, Siti Nurhaliza...

    Judika Mahu ‘Balas Dendam’ Di Konsert The Journey Of Sound, Siti Nurhaliza Janjikan Persembahan Memukau!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk Seri Siti NurhalizaDatuk Seri Siti Nurhaliza

    Penyanyi terkenal Indonesia, Judika tidak mengambil masa lama membuat keputusan ketika dilamar Universe Gateway selaku penganjur untuk berkolabrasi dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi menjayakan konsert The Journey of Sound: Judika x Siti Nurhaliza.

    Judika terus on!

    Datuk Seri Siti NurhalizaDatuk Seri Siti Nurhaliza

    Menurut Judika, ketika diberitahu bakal bergandingan dengan penyanyi nombor satu negara, dia lantas bersetuju dengan tawaran yang diberikan untuk mengadakan konsert yang bakal berlangsung pada 14 Disember depan.

    Ketika pihak penganjur hubungi saya untuk mengajak adakan konsert dengan Datuk Seri Siti, saya tiada kata lain apabila dengar namanya. Terus saya bersetuju dan kata okay.

    Saya sangat gembira apabila diberi kesempatan untuk adakan konsert berdua, salah satu impian saya dari dahulu akhirnya tercapai. Syukur, alhamdulillah.

    Saya menyifatkan konsert ini sebagai konsert balas dendam. Kerana sebelum ini saya hanya jadi penyanyi undangan di konsert Datuk Seri Siti, kali ini betul-betul konsert khas kami berdua. Kami boleh nyanyi sepuas-puasnya.

    Judika berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengumuman konsert The Journey Of Sound: Judika x Siti Nurhaliza yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Persembahan memukau!

    Datuk Seri Siti NurhalizaDatuk Seri Siti Nurhaliza

    Sementara itu, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, dia dan Judika menjanjikan bakal menyajikan persembahan yang menarik serta memukau kepada penonton yang hadir.

    Saya sudah pernah bekerjasama dengan Judika untuk konsert saya yang sebelum ini, rasanya tiada masalah. Sangat mudah bekerja dengan dia, senang sebab bagi apa sahaja lagu dia boleh bawa.

    Mengadakan konsert di Stadium Merdeka selepas sekian lama, saya sangat teruja. Saya harap tiket akan habis terjual, Judika ada peminat yang luar biasa dan saya percaya dengan peminat saya juga. Kami tidak akan mengecewakan peminat kami yang datang.

    Dalam pada itu, Ketua Kewangan Universe Gateway, Isa berkata, pembeli tiket bermula RM500 ke atas dan 10,000 orang terawal berpeluang memenangi hadiah berupa sebuah kereta mewah jenama BMW.

    ALSO READ:  Kilafairy Trauma Dengan Hospital, Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon – ‘Tiga Bulan Jaga Arwah Mama Di Wad’

    Penjualan tiket konsert The Journey Of Sound: Judika x Siti Nurhaliza mula dijual pada 12 Oktober 2024 menerusi Ticket2u.com.my.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts