Kekal dengan pendirian tidak mahu membuka tudung, pelakon Jue Aziz mengakui dia terpaksa menolak tawaran lumayan untuk membintangi sebuah filem epik sejarah terbitan produksi tempatan.
Terpaksa tolak tawaran
Memetik laporan Harian Metro, Jue memberitahu dia perlu membuka tudung sekiranya mahu menerima tawaran tersebut.
Tambah Jue, tuntutan tersebut demi kesesuaian era filem itu. Meskipun teringin untuk menjayakan filem berkenaan, Jue akur dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mahu kekal dengan imej berhijab.
Cerita pasal sejarah zaman-zaman epik. Yang dipanggil uji bakat pun pelakon-pelakon hebat. Siap bagi bayaran tinggi, akan diberi kelas seni pertahanan diri. Memang saya suka sangat-sangat.
Saya cubalah nak minta bertutup. Saya pujuk juga cuba nak pakai ‘turtle neck’, anak tudung. Masa itu terdesak juga sebab tiada apa-apa tawaran.
Dapat filem itu, cerita pasal sejarah pula, mestilah saya nak. Lagipun cerita lasak, saya suka buat ‘stunt’.
Tapi fikir balik, kalau dapat pun, nikmat sekejap saja. Aib dan maruah orang akan pandang selama-lamanya, tak hormat tindakan itu.
Berbicara lebih lanjut, Jue berkata, pihak produksi terbabit turut membawa individu bergelar agamawan untuk menjelaskan mengenai hukum pemakaian tudung kepadanya.
Pada masa yang sama, Jue mengakui bahawa pelakon bertudung sepertinya agak dipinggirkan dalam industri lakonan sekarang.
Kenapa pasaran untuk artis bertudung tidak ke depankan? Tak semestinya yang bertudung boleh berlakon macam-macam karakter. Sedihlah.