Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJulfekar Dakwa Ahli Kumpulan SMDX Sudah Tunjuk Masalah ‘Attitude’, Beri Nasihat ‘Cara...

    Julfekar Dakwa Ahli Kumpulan SMDX Sudah Tunjuk Masalah ‘Attitude’, Beri Nasihat ‘Cara Jawab Tu Biar Nampak Cerdik & Merendah Diri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Komposer terkenal tanah air iaitu Julfekar dilihat meluahkan rasa kecewa dan menegur sikap salah seorang anggota kumpulan baharu SMDX iaitu Elle yang didakwa sedikit ‘angkuh’ ketika menjawab komen daripada warganet.

    Sudah ada ‘attitude problem’

    Menerusi sebuah posting di Facebook, Julfekar berkata, sikap yang ditunjukkan gadis tersebut boleh memburukkan nama kumpulan SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.

    Belum apa-apa lagi sudah ada ‘attitude problem’. Baru satu lagu release, itu pun bukan lagu diorang sendiri, lagu revival lagu orang sahaja pun, sudah jadi bodoh sombong.

    Cara menjawab tu biarlah nampak cerdik dan humble bah. Tak rugi merendah diri. Ini cara menjawab tu bah..aduiina. patutlah kena kecam.

    Kena training PR kamu ni. Bikin rusak nama SMDX ja. Kali..rasanya SMDX kena kick dia dari group. Janganlah bikin malu urang Sabah hmmm.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan Julfekar. Ujar netizen, Elle dan semua ahli kumpulan tersebut perlu belajar dari kesilapan dan jangan mengulanginya lagi di masa akan datang.

    Terdahulu, ayat Elle yang mendakwa dia tidak mengenali kumpulan pop terkenal Dolla menjadi tumpuan netizen di media sosial.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts