Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJulia Farhana Dedah Wanita Cuba Goda Suami Depan Mata, Syukur Dr Che...

    Julia Farhana Dedah Wanita Cuba Goda Suami Depan Mata, Syukur Dr Che Hafiz Setia & Tahu Jaga Batas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernikahan bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga tentang kepercayaan dan kesetiaan antara pasangan. Namun, adakalanya terdapat cabaran-cabaran kecil dalam rumah tangga termasuk gangguan pihak ketiga.

    Itulah yang dilalui oleh pelakon Julia Farhana apabila suaminya, Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim cuba digoda oleh seorang wanita.

    Wanita lain cuba goda suami

    Mengimbas kembali situasi yang pernah dialaminya, Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin, 31, menceritakan situasi di mana seorang wanita cuba mendekati suaminya secara terang-terangan. Lebih mengejutkan apabila wanita itu langsung tidak menghiraukan kewujudannya yang berdiri di sebelah suami.

    Saya pernah berada dalam situasi di mana seorang wanita datang kepada suami saya, berbual dengannya dan langsung mengabaikan kewujudan saya di sebelah dia.

    Girl, saya tidak berminat untuk berbual dengan awak, dan jelas suami saya pun jawab sepatah-sepatah, like common sense?

    Julia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Khamis.

    Suami tahu jaga batas

    Bagaimanapun, Julia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang tahu menjaga batas terutamanya dengan wanita lain.

    Kami tidak selesa, tinggalkan kami, biarkan suami saya sendirian. Dia jelas tidak mahu bercakap dengan awak. Suami saya tidak pernah jadi masalah kerana dia memang jaga batas.

    Tambahnya lagi, hubungan mereka dibina atas dasar saling percaya dan itu menjadi kekuatan utama rumah tangga mereka agar tidak mudah diganggu pihak luar.

    Alhamdulillah, saya tak pernah nak risau.

    Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.

    Dr Che Hafiz sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres Lufya dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura, 8. Namun mereka bercerai pada 17 Jun 2020.

    ALSO READ:  Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dipercayai Tersepit Pada Celah Besi Meja Lipat

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts