Pelakon Che Puan Juliana Evans menafikan dakwaan dirinya sedang hamil anak ketiga gara-gara kelihatan bentuk bahagian perut seperti ‘baby bump’.
Artikel berkaitan: Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua
Artikel berkaitan: Epidural Tidak Berkesan, Juliana Evans Trauma Untuk Melahirkan Anak Kedua
Nampak ‘baby bump’
Dakwaan tersebut timbul selepas Juliana memuat naik video promosi bersama anak keduanya, Tengku Saidatul’Ihsan Putri di sebuah pusat beli belah.
Tidak mahu mengundang sebarang spekulasi, Juliana tampil menjawab pertanyaan seorang individu yang mendakwa dirinya sedang berbadan dua.
Jelas Juliana, dia sukar untuk menghilangkan lemak di bahagian perut tersebut selepas bersalin dua orang cahaya mata.
Komen seperti ini boleh mengundang khabar angin yang salah.
Saya hilang berat badan di semua bahagian kecuali bahagian perut sebab saya dah lahirkan dua orang bayi. Bukan mudah untuk dapatkan balik ‘sixpack’ tapi saya harap boleh!
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 5, dan Saidatul’Ihsan Putri, 1.