Pelakon tampan Korea Selatan, Jung Woo Sung tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi melibatkan dirinya sejak kebelakangan ini.
Woo Sung mohon maaf
Permohonan maaf itu dibuat Woo Sung sewaktu hadir ke majlis Blue Dragon Awards Ke-44 pada Jumaat.
Ketika majlis berlangsung, Woo Sung yang hadir sebagai penyampai hadiah di majlis anugerah berkenaan mengakui kesilapannya dan akan menjalankan tanggungjawab sepenuhnya ke atas anak bersama model terkenal, Moon Ga Bi.
Hari ini saya ingin membuat permohonan maaf kerana telah menimbulkan kerisauan kepada semua peminat yang selama ini menunjukkan rasa cinta dan sayang pada saya.
Saya menerima segala teguran dan kecaman yang diberikan dan sebagai seorang ayah, saya akan menjalankan tanggungjawab saya dengan baik.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan kecewa selepas permohonan maaf dibuat Woo Sung mendapat tepukan gemuruh daripada rakan artis yang hadir ke malam anugerah berkenaan.
“Sepatutnya kena block. Oh ya lah, dia kan handsome.”
”Mentang-mentang dia pelakon Chungmuro (pelakon hebat) senang ja dimaafkan.”
Terdahulu, Woo Sung mencuri perhatian apabila mendedahkan dirinya merupakan bapa kandung kepada anak bersama Moon Ga Bi.
Woo Sung juga memaklumkan sudah berjumpa dengan Ga Bi bagi berbincang mengenai anak mereka itu.