Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJurusolek Nasihat Netizen Jangan Masuk Campur Urusan Che Ta Isu MARA –...

    Jurusolek Nasihat Netizen Jangan Masuk Campur Urusan Che Ta Isu MARA – ‘Aku Pernah Make Up Dia, Tak Pernah Berhutang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Rozita Che WanRozita Che Wan

    Seorang jurusolek dikenali sebagai Chika The Divas yang juga rakan kepada Rozita Che Wan menasihati orang ramai supaya tidak masuk campur urusan aktres tersebut berhubung isu dakwaan berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Jangan menyibuk

    Rozita Che WanRozita Che Wan

    Mengakui mempunyai hubungan rapat, Chika berasa kesal apabila segelintir netizen yang masuk sesi siaran langsung Rozita di TikTok lantas menimbulkan kekecohan dan menghentamnya tatkala aktres itu sedang mencari rezeki menjual pakaian terpakai.

    Satu benda yang aku memang tak faham, kenapa korang sebagai netizen suka menimbulkan kekacuan dekat live orang lain.

    Kalian tiada dalam kasut dia, jangan nak buat macam-macam. Aku kenal siapa Che Ta, dia dah macam kakak aku.

    Zakat dia je sebulan beratus ribu tau. Tak baik korang dia tengah live jual barang, korang kecam.

    Dalam pada itu, Chika berkata, Rozita atau mesra disapa Che Ta adalah inidividu yang tidak suka berhutang.

    Aku pernah make up dia, tak pernah berhutang bila panggil orang make up. Dia berhutang, insya-Allah dia akan bayar.

    Sejak beberapa hari lalu, nama Che Ta menjadi topik hangat dalam media sosial apabila dia didakwa berhutang dengan MARA berjumlah RM1 juta.

    Terdahulu, kediaman Che Ta di Kota Damansara telah diserbu oleh pihak MARA bagi menilai barangan di dalam rumah terbabit untuk tujuan penyitaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts