Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJurusolek Puji Kulit Ira Kazar Cantik Mulus – ‘Make Up Simple Pun...

    Jurusolek Puji Kulit Ira Kazar Cantik Mulus – ‘Make Up Simple Pun Lawa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ira KazarIra Kazar

    Seorang jurusolek yang dikenali sebagai Yatie memuji rupa paras dan kecantikan isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

    ‘Cantik sangat’

    Ira KazarIra Kazar

    Menerusi perkongsian di TikTok, Yatie berkata, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin tidak memerlukan solekan yang tebal kerana kulitnya sudah semula jadi cantik.

    Done make up my sayang, serius awak cantik sangat. Awak make up simple-simple pun dah cantik.

    Awak tak banyak songeh, tadah je muka awak.

    Menerusi hantaran tersebut, Yatie turut berkongsi foto dia bersama Ira.

    Difahamkan, Yatie menata rias wajah Ira untuk sesi penggambaran sebuah jenama tempatan.

    Sementara itu, di ruangan komen, jurusolek tersebut turut memuji peribadi anak kepada aktor Kazar Saisi itu yang sentiasa menghormati orang.

    Sejuk tengok muka dia, juga sangat hormat orang. Dia tak pernah banyak bunyi, segala apa orang tuduh dia.

    Minggu lalu, Syamsul menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

    Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts