Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentK Fry Kini Disahkan Halal dan Sedia Memikat Selera Rakyat Malaysia Dengan...

    K Fry Kini Disahkan Halal dan Sedia Memikat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kerangupan & Kelazatan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2024 – K Fry Urban Korean, rangkaian restoran ayam goreng Korea kegemaran Malaysia yang diasaskan di negara ini, dengan bangganya mengumumkan pencapaian penting: K Fry kini secara rasminya disahkan Halal! Pencapaian ini menegaskan komitmen teguh K Fry terhadap keterangkuman dan standard kualiti makanan yang tertinggi.

    Daripada hidangan signature seperti ayam keju ‘bumbuk’ K Fry, bebola nasi, hingga ‘bingsoo’ (ais kisar  Korea), rakyat Malaysia kini boleh menikmati hidangan kegemaran K Fry dengan jaminan bahawa semua makanan disediakan mengikut piawaian Halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Kami sangat teruja untuk membuka lembaran baru bagi K Fry,” kata Ismail Bin Sulaiman, Pengerusi Halal dan Pengarah Operasi K Fry Urban Korean. “Kami berhasrat untuk memperkenalkan cinta  kami terhadap makanan Korea kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Dengan pensijilan Halal ini, kami mengambil langkah penting untuk mencapai keterangkuman yang lebih baik, sambil tetap mengekalkan cita rasa dan kreativiti dalam masakan Korea moden yang telah menjadi identiti kami.

    Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, K Fry telah menjadi sinonim dengan ayam goreng yang rangup dan berjus, disaluti dengan sos yang pelbagai  perisa serta disajikan bersama lauk sampingan kegemaran ramai. Dengan pensijilan Halal, K Fry kini lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, di samping kekal setia kepada komitmennya terhadap masakan korea yang asli  dan lazat.

    Proses pensijilan Halal melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap keseluruhan rantaian bekalan, dari sumber bahan mentah sehingga cara penyediaan. Ini untuk memastikan bahawa K Fry mematuhi piawaian tertinggi dalam keselamatan makanan dan kepatuhan agama, menjadikannya pilihan yang dipercayai untuk semua rakyat Malaysia.

    “K Fry kini membuka pintunya dengan lebih luas, mengalu-alukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menikmati ayam goreng ikonik kami. Ini bukan sahaja bukti dedikasi kami terhadap kualiti, tetapi juga penghormatan kami terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia,” tambah Ismail.

    Sempena pencapaian bersejarah ini, K Fry menawarkan kempen “Ganjaran Bulan Halal K Fry” dari 24 Oktober hingga 22 November 2024. Sepanjang tempoh ini, sebanyak 10,500 set Ayam ‘Soonsal’ bernilai RM270,000 akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang berdaftar sebagai ahli aplikasi K Fry  untuk menjamu selera di semua cawangan K Fry! Pelanggan boleh menikmati Ayam Soonsal (Ayam Tanpa Tulang) percuma dengan pembelian hidangan terpilih seperti K Fry Chicken Bumbuk, K Fry K’rispy Chicks, K Fry Chicken Wings, K Fry Snow Cheese Chicken, atau K Fry Soonsal Chicken.

    ALSO READ:  Selepas Diduga Dengan Penceraian, Kini Bekas Suami Nora Danish Boss Ned Terlantar Di ICU

    Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini tentang K Fry Urban Korean, sila layari laman web serta Facebook atau Instagram rasmi K Fry.



    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts