Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mendedahkan anak lelakinya yang dikenali sebagai Kacak tidak mahu dia membeli tiket penerbangan untuk percutian mereka sekeluarga yang berharga RM40,000.
Membazir tiket mahal
Menerusi perkongsian video di TikTok, Vida berkata anak lelakinya itu tidak mahu menjadi penumpang penerbangan kelas pertama kerana merasakan membazir dan memilih untuk duduk di kelas ekonomi sahaja.
Mama, saya nak naik flight biasa saja, ekonomi. Membazir saja mama sampai RM40,000 harga tiket.
Pun begitu, kerana mahu duduk bersama, Vida tetap membelikan tiket penerbangan kelas pertama untuk anaknya.
Okay mama belikan tiket ekonomi untuk kacak ya. Surprise! Mama beli juga tiket business class untuk kacak. Tak ada membazir kacak, mama nak kita duduk bersama.
Difahamkan, Vida dan dua orang anaknya iaitu Kacak dan Cik B meluangkan masa bersama dengan bercuti di Switzerland baru-baru ini.
Video
@quputehtomatohq Tak ada membazir kacak , mama nak kita duduk bersama ? #TasteOfCNY2024 #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #masukberandagak #masukberandafyp? #foryoupageofficiall #masukberandafyp ? Cinderella – Radja