Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKajian Menunjukkan 79% Pelancong dari Malaysia Lebih Cenderung ke Destinasi Kegemaran Berulang...

    Kajian Menunjukkan 79% Pelancong dari Malaysia Lebih Cenderung ke Destinasi Kegemaran Berulang Kali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ternyata percutian ke Thailand adalah tidak mencukupi untuk hanya dilawati sekali sahaja untuk kebanyakan kita.

    Kembali Ke Destinasi Kegemaran

    Senarai Destinasi Percutian Yang Dilawati Berulang Kali oleh Agoda mendedahkan bahawa 79% pelancong Malaysia akan kembali bercuti ke destinasi kegemaran mereka.

    Senarai yang dihasilkan berdasarkan tinjauan yang dijalankan di platform Agoda awal bulan ini menunjukkan bahawa Thailand, Indonesia, dan Jepun mendapat tempat teratas sebagai tempat tumpuan utama yang dilawati berulang kali, diikuti oleh Korea Selatan dan Taiwan.

    Apabila ditanya tentang tujuan lawatan berulang kali mereka, responden Malaysia menyatakan bahawa makanan merupakan sebab utama, diikuti dengan  mengembara, bercuti dengan keluarga dan rakan, serta untuk kesejahteraan diri.

    74% pelancong telah melawat destinasi kegemaran mereka antara 1 hingga 3 kali dalam masa sedekad  yang lalu, dan ini menjadikannya sebagai kelompok terbesar untuk pelawat berulang.

    Malahan 14% pelancong telah melawat destinasi kegemaran mereka sebanyak sepuluh kali dan ke atas.

    Beberapa Faktor Menyebabkan Berlakunya Pengulangan

    via Agoda

    Apabila ditanya tentang sebab yang membuatkan Thailand, Indonesia dan Jepun begitu menarik, hampir separuh daripada responden Malaysia memilih Kemudahan Perjalanan (49%) sebagai sebab utama.

    Makanan tempatan (46%) berada di tempat kedua, diikuti dengan lokasi yang strategik (35%), keselamatan dan kebersihan (34%) dan pengalaman lalu yang positif (30%).

    Melalui perspektif pelancong Asia, tinjauan tersebut menunjukkan bahawa destinasi Jepun, Thailand dan Vietnam adalah tidak cukup untuk dilawati hanya sekali sahaja oleh pelancong Asia.

    44% pelancong Asia menyenaraikan Kemudahan Perjalanan sebagai sebab utama untuk kembali ke destinasi kegemaran mereka.

    Faktor pendorong ini juga penting bagi pelancong Malaysia, yang mana (49%) telah meletakkan kemudahan perjalanan sebagai keutamaan apabila melawat semula destinasi percutian pilihan mereka.

    ALSO READ:  Muncul Dalam Muzik Video Bella Astillah, Netizen Puji Lakonan Sulung Syed Saddiq!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts