Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKak KM Mengaku Mengalami Trauma Selepas Rumahnya Pecah Masuk - 'Merasa Takut...

    Kak KM Mengaku Mengalami Trauma Selepas Rumahnya Pecah Masuk – ‘Merasa Takut Walaupun Menutup Mata’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan kontroversi Liana Rosli mengesahkan dia adalah ahli perniagaan yang membuat laporan polis berhubung kejadian sebuah rumah dipecah masuk pada 4 Mac lalu membabitkan kerugian keseluruhan bernilai RM3.5 juta

    Takut pejam mata

    Menerusi temu bual bersama Liana meluahkan rasa syukur kerana kesemua barangan berharga yang dirompak berjaya ditemui semula. Liana atau lebih mesra disapa Kak KM turut memuji tindakan pantas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menyelesaikan kes berkenaan.

    Pertama sekali, Alhamdulillah. Dia hilangkan sekejap dan dapat balik semula. Terima kasih PDRM kerana dalam masa 24 jam dapat tangkap penjenayah tersebut.

    Secara jujur saya syukur sangat tetapi pada masa yang sama saya masih trauma. Sampai sekarang tak boleh nak tidur. Takut pejam mata dia datang. Walaupun sekarang mereka dah ada dalam penjara.

    Tambah Kak KM, dia bakal berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat susulan trauma dengan insiden tersebut.

    Saya akan pindah rumah selepas ini. Rumah yang sedia ada saya akan pastikan pintu tingkap semua akan ditutup. Saya juga ada perancangan nak ambil pengawal peribadi dan pemandu untuk mengikut saya ke mana sahaja.

    Bercerita lebih lanjut mengenai hari kejadian, Kak KM berkata, penjenayah tersebut sudah membuat perancangan yang rapi. Ujarnya lagi, mujur tiada seorang pun ahli keluarga berada di rumah pada masa itu.

    Mereka pandai dan susun rapat. Dia buat kerja masa kami semua pergi konsert dan seorang pun tiada dekat rumah. Rumah memang kosong. Kamera litar tertutup (cctv) ada, tapi semua kena potong. Mereka empat orang dan saya tak kenal. Cuma, saya tahu mereka mengaku followers saya.

    Oleh sebab itu, sekarang saya tak percaya sesiapa pun. Ini pengajaran supaya kena sekat semua benda selepas ini. Saya tak boleh tunjuk sangat. Rumah baru nanti mungkin saya tunjuk dalam rumah sahaja.

    Terdahulu, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita berhubung satu kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul.

    ALSO READ:  Juliana Evans & Anak-Anak Pakai Kostum ‘Wednesday Addams’ Cetus Rasa Teruja Peminat!-“Macam Anak Patung..”

    Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang RM3 juta dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barangan kemas milik ahli keluarga.

    Anggaran kerugian yang dilaporkan berjumlah RM3.5 juta dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts