Pempengaruh Umisya Mazlan turut bersedih dengan ujian menimpa madunya, Marissa Dania yang kehilangan anak tercinta sewaktu melahirkan, baru-baru ini.
‘Tak berseronok’
Menurut kakak kepada Umisya iaitu Sella Mazlan, adiknya turut datang menziarah Marissa dan membantu mengurus jenazah arwah anaknya.
Salam takziah kepada M (Marissa) dan keluarga, berita ini memang kami dah tahu selepas acara yang dikeluarkan media beberapa hari lepas, yang mana wartawan bertanyakan soal kehamilan kepada mereka berdua (Marissa dan Aslam).
Adik saya Umisya sendiri datang ziarah jenazah, mandikan jenazah dan solatkan juga utk arwah baby M (Marissa).
Sella berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, Sella turut menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan adiknya bergembira di atas ujian menimpa Marissa.
Umisya tidak seronok malah apa yang dikeluarkan dari mulutnya “ini semua ujian yang Allah aturkan untuk kita”.
Misya turut bersedih dan terkejut tentang berita keguguran dan kematian baby M (Marissa) kerana adik kami juga ibu dan sekarang pun tengah berbadan dua, jadi sila jaga emosi adik saya. Jaga kata-kata anda wahai manusia.
Terdahulu, media melaporkan bayi sulung kepada Marissa telah meninggal dunia sewaktu dilahirkan dalam keadaan pra matang.
Difahamkan, anak kepada pelakon Abby Abadi itu yang sedang hamil enam bulan terpaksa dikejarkan ke hospital minggu lalu selepas mengadu sakit perut.
Sementara itu, suami kepada Marissa, Ahmad Aslam mengesahkan berita tersebut dan meminta orang ramai mendoakan isterinya kembali sihat.