Mahukan kulit yang bersih dan cantik berseri-seri, berkilat sebelum raya? Kalau kamu rasa kulit kamu masih belum cukup bersih dan berkilat disebabkan bintik-bintik gelap yang bersarang di wajah, kamu kena tahu ini. Bintik gelap (dark spot) boleh membuatkan kulit jadi kering, kusam dan nampak tak ceria. Jadi, bagaimana nak hilangkan bintik gelap.
Jangan risau, kamu kena cari produk penjagaan wajah yang ada kandungan bahan power ini. Beli produk yang ada niacinamide. Niacinamide dibuat dengan komponen pencerah kulit yang berperanan dalam menghilangkan bintik-bintik gelap.
Menggunakan serum atau krim yang diselitkan dengan niacinamide adalah salah satu rawatan terbaik dan paling berkesan untuk merawat bintik hitam. Niacinamide meningkatkan pengeluaran kolagen kulit dan juga membantu dalam pertumbuhan ceramide pada kulit.
Serum Niacinamide Bagus Untuk Merawat Bintik Gelap
AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
Tak perlu diperkenalkan lagi. Serum berasaskan niacinamide membantu merawat bintik hitam dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Dengan bantuan squalane yang berasal daripada tumbuhan, serum ini mengekalkan kelembapan untuk memastikan kulit bersinar dan sihat.
Skintific Niacinamide 10% Brightening Serum
Serum ini mengandungi 10% niacinamide yang membantu kulit kamu mencerah dan mengurangkan bintik hitam. Digabungkan dengan alpha arbutin dan ceramide, serum ini juga memainkan peranan dalam mengurangkan tekstur kasar, kemerahan, serta melembapkan penghalang kulit.
The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
Produk ini terbukti mengawal pengeluaran sebum untuk meminimumkan liang pori dan mengurangkan bakteria penyebab jeragat dengan memastikan kulit kamu bersih. Tambahan suntikan zinc pula berfungsi untuk memperbaiki kulit yang rosak dan menggalakkan penciptaan kolagen.
Anua, Peach 70% Niacin Serum
Serum yang diselitkan pic ini mencerahkan kulit yang kusam, memberikan tekstur kulit yang lembut dan berseri. 5% niacinamide pula membantu dengan tona kulit tidak sekata, hiperpigmentasi, membaiki penghalang kulit dan mengecilkan liang pori.