Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kalau Ada Perselisihan Faham, Saya Akan Wajib Merajuk Dulu”-Syamel Kongsi Tips Kawal...

    “Kalau Ada Perselisihan Faham, Saya Akan Wajib Merajuk Dulu”-Syamel Kongsi Tips Kawal Emosi Dengan Isteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun, bagaimana cara menghadapinya yang membuat perbezaan besar dalam kebahagiaan dan keharmonian sesebuah perkahwinan.

    Penyanyi terkenal, Syamel, yang juga suami kepada Ernie Zakri, telah menunjukkan contoh yang baik dalam menguruskan kemarahan, dengan mencontohi cara Rasulullah SAW.

    Ernie Zakri, atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkongsi mengenai sikap suaminya yang menggunakan pendekatan lembut dalam menghadapi perselisihan.

    Dalam satu temu bual podcast, Ernie menceritakan bagaimana Syamel selalu mengingatkannya tentang teladan Rasulullah SAW dan isteri baginda, Aisyah RA.

    “Kalau ada perselisihan faham, saya akan wajib merajuk dulu. Jika tak merajuk, saya tak puas. Tapi satu benda yang dia selalu kongsi dengan saya ialah tentang Rasulullah dan Aisyah. Rasulullah sendiri kalau dia marah, dia akan datang balik dekat Aisyah dan peluk dan Syamel cuba untuk menerapkan kelembutan sebegitu dalam hubungan,” kata Ernie.

    Ernie juga mengakui bahawa Syamel sering kali memilih untuk beralah dalam setiap pertengkaran mereka, melihatnya sebagai satu bentuk kemenangan.

    Bagi Syamel, mengalah tidak bermaksud kalah, sebaliknya, ia adalah cara untuk mengembalikan hubungan yang harmoni dan memperoleh keberkatan dalam rumah tangga.

    “Saya adalah orang yang kalau marah, memang marah betul tetapi pada akhirnya, memang suami saya yang akan beralah. Pada dia, beralah itu adalah satu kemenangan.

    “Dia beralah dan kata dia dapat balik hubungan serta keberkatan dalam rumah tangga. Jadi dia tak pernah rasa malu untuk beralah dan perkara itu yang saya belajar. Bila setiap kali saya rasa macam nak marah ke apa saya akan macam, tak mengapa, semua ini boleh selesai,” ujar Ernie.

    Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, yang kini berusia tiga tahun.

    ALSO READ:  Tiba-Tiba Maklum Berhajat Mahukan ‘Baby Boy’, Warganet Pelik Sedangkan Fazura Kini Berstatus Janda

    Keharmonian dalam rumah tangga mereka adalah hasil daripada usaha bersama untuk memahami dan menghormati satu sama lain, serta mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts