Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kalau Berlakon Kurang Bagus Kemudian Ada Orang Tegur, Saya Rasa Itu Okey...

    ‘Kalau Berlakon Kurang Bagus Kemudian Ada Orang Tegur, Saya Rasa Itu Okey Untuk Tingkatkan Motivasi’ – Hariz Hamdan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon kacak, Hariz Hamdan memberitahu dia tidak pernah berdepan isu buli di set penggambaran sepanjang menjadi seorang anak seni.

    Jaga sikap dan terima nasihat

    Menerusi temu bual bersama , Hariz berkata, dia sentiasa membuat persediaan yang rapi sebelum masuk ke set penggambaran sesebuah drama mahupun filem. Tambah Hariz, dia menerima segala teguran yang diberikan oleh pelakon senior dengan hati yang terbuka termasuk menunjukkan sikap yang baik terhadap mereka semua.

    Alhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi saya dibuli di set penggambaran. Mungkin sebab saya terapkan dalam diri hanya mahu bekerja sebagai pelakon. Saya sentiasa ingat, apabila nak berlakon, semuanya tentang kerjasama bukan bergantung kepada individu semata-mata.

    Bila berjumpa pelakon senior saya akan jaga sikap dan terima nasihat mereka. Saya pernah bekerja dengan ramai pelakon hebat seperti abang Rosyam, Nabila Huda dan Elly Suriati. Jadi sebolehnya saya jaga sikap apabila bersama mereka.

    Di samping itu, saya perlu sentiasa bersedia di set penggambaran. Sebagai contoh, hafal skrip, bersikap profesional dan kurangkan buat hal sendiri. Cuba untuk ramah mesra dengan orang sekeliling, termasuk krew produksi. Insya-Allah kalau jaga attitude dekat set, orang pun akan jaga (senang) dengan kita.

    Hariz yang ditemui selepas sidang media Who’s Your Bro yang berlangsung di Bukit Jalil, pada Selasa lalu, turut berkongsi pendapatnya mengenai isu buli. Ujar Hariz, jika tindakan itu bertujuan untuk meningkatkan motivasi seseorang, ia tidak sepatutnya menjadi isu.

    Lihat buli dari segi apa, jika melibatkan fizikal seperti menghina anggota badan seseorang itu saya rasa ianya tidak patut. Kalau berlakon kurang bagus kemudian ada orang tegur, itu saya rasa buli yang bagus untuk beri tingkatkan motivasi.

    Berbicara lebih lanjut, Hariz mengakui bahawa dia tidak suka sekiranya seseorang menghina paras rupa apabila marah. Jelas Hariz, sekiranya dia berhadapan dengan situasi tersebut, dia tidak akan teragak-agak untuk bersemuka dengan individu berkenaan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Neelofa Bersedia Menghentikan Pengeluaran Produk Innai Nunha Setelah Dua Tahun Di Pasaran

    Di akhir temu bual, Hariz meluahkan rasa teruja kerana dipilih menjadi salah seorang komentator rancangan realiti terbaharu, Maskulin: Who’s Your Bro bersama tiga personaliti terkenal yang lain iaitu Siti Khadijah, Dr. Say Shazril dan Mat Redho.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts