Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kalau Dah Bodoh Fesyen, Upah La Stylist!”-Che Ta Kesal Dengan Fesyen Segelintir...

    “Kalau Dah Bodoh Fesyen, Upah La Stylist!”-Che Ta Kesal Dengan Fesyen Segelintir Artis Di APBH36?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap gaya fesyen sesetengah artis  pada malam acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) yang bersiaran secara langsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada malam Jumaat.

    “Kalau Dah Bodoh, Upah La Stylist!…”

    Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan gaya fesyen artis terlibat yang dikatakan tidak menghormati majlis.

    “Kenapa la ada yang pergi Anugerah, pakai baju macam baru balik jogging! Ayoo sungguh tidak menghormati majlis! Kalau dah bodoh fesyen, hire la stylist!.”- tulis Che Ta di Instagram

    Tambahnya lagi, acara berprestij berkenaan adalah acara yang jarang diadakan dan seharusnya artis terlibat hadir dengan fesyen yang lebih ‘meriah’.

    “Sejuk sikit hati tuan rumah kalau artis yang datang ‘meriah’ fesyen nya. Lagi pun majlis-majlis serupa ini, bukan hari-hari kot kau nak kena muncul!

    Ada jugak yang macam nak pergi kenduri, tapi okay lagi la dari yang datang macam baru balik jogging dan baru bangun tidur.”-tulis Che Ta lagi

    Sekadar info, penyanyi Aina Abdul telah berjaya memenangi anugerah bagi kategori Bintang Paling Popular selepas menerima 8,882,662 undi daripada peminat.

    Penyanyi lagu Imaji itu membawa pulang trofi serta sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenama Toyota Harrier serta satu keping bar emas seberat 18 gram.

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts