Perkongsian pelakon, Sharnaaz Ahmad di media sosial mencuri perhatian netizen di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz berkongsi satu foto yang memaparkan gaya potongan rambut terbaharu yang membuatkannya kelihatan lebih kemas dan kacak.
“Kalau Dah Nama Lelaki Ni, Sampai Mampus Pun Orang Tetap Akan….”
Namun, kapsyen yang diberikan oleh Sharnaaz ini mencuri perhatian, seolah-olah menyatakan bahawa kaum lelaki tetap akan dipersalahkan terhadap apa yang berlaku.
“Kalau dah nama lelaki ni, sampai mampus pun orang akan tetap salahkan. Tapi orang tak akan pernah tanya kenapa dia marah atau buat macam tu…
Hey kawan, teruskan biar mati kita bermakna satu hari kelak. Salam Ramadhan…”-kapsyen Sharnaaz di Instagram
View this post on Instagram
Dibanjiri Komen Netizen
Perkongsian Sharnaaz mencetuskan pelbagai reaksi netizen berhubung kapsyennya di Instagram, selain ramai yang memuji pelakon filem Juvana ini kelihatan semakin kacak.
“Woman always right mamu.”
“If you are confident, people will say you’re arrogant. If you’re alone people will say you’re lonely. The hell with what people want to say about you.”
“AYAT TERPADU 🔥 ORANG X PERNAH TANYA KENAPA 🙌.”
“Betul. Satu kertas putih, diletakkan satu titik hitam. Bila tengok akan nampak satu titik hitam tu ja. Sama jugak dengan manusia, kebaikan seolah satu kertas putih tu. Banyak. Tapi yang nampak satu titik hitam tu kesalahan. Kita usaha cuba jadi yang trbaik. Tapi tetap kelemahan yang nampak”
“Waoo dah dapat rambut raya.”
“Aaah betul laa.”
“Mamu macam mana pun smart..Anak antoo.”