Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kalau Dia Bawa Lari Anak Kami Sekali?’ – Ryan Bakery Trauma Nak...

    ‘Kalau Dia Bawa Lari Anak Kami Sekali?’ – Ryan Bakery Trauma Nak Ambil Pembantu Rumah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery akui takut untuk menggunakan perkhidmatan pembantu rumah bagi membantu menjaga cahaya mata sulungnya, Ryan Ezra.

    Artikel berkaitan: Ryan Bakery Pertama Kali Sambut Hari Raya Sebagai Bapa, Akui Susah Nak Cari Baju Sedondon Dengan Anak

    Artikel berkaitan: ‘Orang Perak Memang Macam Tu’ – Ryan Bakery Beri Penjelasan Didakwa Panggil Anak ‘Gila’

    Trauma dengan kes pembantu rumah

    Menurutnya, dia dan isteri, Elyia Ibrahim sangat trauma dengan berita yang melibatkan pembantu rumah melarikan diri dan kes lain yang menakutkan.

    Saya risau nak ambil pembantu rumah. Kena pula kalau saya dan isteri keluar bekerja, takkan nak tinggalkan pembantu dengan anak?

    Kan banyak kes pembantu rumah lari dari rumah. Kalau dia bawa lari anak kami sekali? Kerisauan dan takut tu memang ada.

    Kalau saya dan isteri keluar untuk bekerja atau hadir ke acara, kami minta tolong keluarga jaga seperti adik-beradik isteri yang pandai urus bayi.

    Sementara itu, Ryan juga risau untuk meninggalkan isteri dan anak sendirian di rumah sekiranya dia mempunyai urusan kerja yang memakan masa lama.

    Saya pernah kena keluar bekerja selama dua minggu jadi saya terpaksa hantar isteri balik ke kampung di Melaka.

    Saya tak berani nak tinggalkan isteri dan anak sendiri dekat rumah. Dia pun cepat panik kalau anak meraung. Dia duduk di sana dua minggu. Saya nak kerja pun mudah.

    Tapi yang jadi susah tu sebab terpaksa menanggung rindu dekat anak mampu tengok dari panggilan video saja.

    Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Ryan Ezra yang kini baru berusia 4 bulan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Usahawan Kek Hadiahkan 3,000 Biji ‘Congo Bar’ Bersempena Sambutan Hari Guru, Ibu & Jururawat Sepanjang Mei

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts